/Son Ye Jin bakal muncul dalam rancangan “Master in the House”

Son Ye Jin bakal muncul dalam rancangan “Master in the House”

Son Ye Jin adalah pelakon veteran yang terkenal sejak kemunculannya melalui siri drama 4 musim “Summer Scent”. Pada tahun 2018 Son Ye Jin mengekalkan popularitinya menerusi drama JTBC – “Pretty Noona Who Buys Me Food ” bersama Jung Hae In serta sebuah filem pecah panggung “The Negotiation” bersama Hyun Bin.

Aktres anggun ini bakal muncul di dalan rancangan aneka ragam “Master in the House”. Kemunculan terakhirnya di dalam rancangan aneka ragam ialah di “Running Man”. Son Ye Jin akan menjadi tuan rumah kepada ahli “Master in the House ” iaitu Lee Seung Gi, Lee Sang Yoon, Yang Se Hyung dan Yook Sung Jae.

Para ahli Master In the house akan mengikuti aktiviti seharian tuan rumah  dan belajar dari mereka. Artis undangan rancangan “Master in the House” sebelum ini termasuklah pelakon Cha In Pyo, penghibur Kim Byung Man, penyanyi Boa dan pemain bola sepak Park Ji Sung.


Ianya pasti meriah apabila Son Ye Jin menjadi tuan rumah mereka. Para ahli yang terdiri dari lelaki-lelaki bujang akan lebih teruja bertemu tuan rumah wanita yang  juga belum berkahwin.Ini dpt disaksikan di dalam episod mereka bersama Boa.

Master in the House bersama Son Ye Jin akan disiarkan pada hari Ahad ini 4 Disember melalui saluran SBS. Ianya juga ditayangkan di saluran Astro 393, OneTvAsia setiap Khamis,11 malam.

Saksikan telatah Lee Seung Gi apabila disuruh menari bersama bekas tuan rumah mereka-Boa.

Sumber : Naver,Chosun,KocowaTv

Komentar

comments