/Nasib “Prometheus” dirundung malang lagi bila Jin Goo dan Park Ki Woong angkat kaki

Nasib “Prometheus” dirundung malang lagi bila Jin Goo dan Park Ki Woong angkat kaki

Apakah drama “Prometheus” ini bakal jejak drama “Four Men” apabila tidak henti terjebak dengan masalah.

Pada 27 November, agensi Jin Goo; BH Entertainment mendedahkan, “Jin Goo disahkan meninggalkan produksi ‘Prometheus.'”

Ha Ji Won, pelakon utama yang sebelum ini akan bergandingan Jin Goo, telah mengesahkan pengundunrannya daripada drama tersebut Oktober lepas. Bagaimanapun, agensi Ha Ji Won sehingga kini belum lagi mendedahkan sebarang perincian mengenai pengunduran pelakon berkenaan.

Selain pelakon Jin Goo, Park Ki Woong, yang bernaung di agensi sama dengan Ha Ji Won, juga mengesahkan bahawa beliau turut serta meninggalkan produksi drama terbabit hari ini (27 November).

“Prometheus” pada mulanya dijangka akan disiarkan di MBC, tetapi perancangan ini dibatalkan dan jadual penyiaran drama  turut ditangguhkan kepada  2019.

Pada 16 Oktober lalu, wakil dari MBC memberitahu, “Keputusan untuk menayangkan drama “Prometheus” tidak pernah dimuktamadkan. Kami telah mengadakan perbincangan yang berterusan berkaitan perkara tersebut dan memutuskan untuk tidak menyiarkan drama “Prometheus” di MBC. Keputusan ini bagaimanapun telah dicapai sebelum pemergian Ha Ji Won lagi.”

“Prometheus” bertemakan sains fiksyen yang mengisahkan para saintis nuklear Korea Utara yang hilang ketika kekuatan kuasa dunia politik global dunia sedang berusaha untuk memusnahkan program nuklear tersebut.

JL Media Group, selaku syarikat pengeluaran “Prometheus,” telah mengadakan ujibakat untuk mencari pelakon wanita utama dan pelakon untuk watak yang lain.

Nantikan laporan selanjutnya mengenai drama “Prometheus” ini.

Sumber : Newsen

Komentar

comments

loading...