/Masam manis hidup Rain – Keluarga dituduh berhutang duit, adik ipar pula dilamun cinta

Masam manis hidup Rain – Keluarga dituduh berhutang duit, adik ipar pula dilamun cinta

Kehidupan seorang selebriti tidak pernah menjanjikan kedamaian yang berpanjangan. Pasti ada perkara baik atau sebaliknya akan menyinggah atau terpalit dalam kehidupan mereka. Itulah juga nilai yang perlu mereka bayar untuk bergelar selebriti. Inilah juga kisah masam manis yang melanda Rain.

Rain Company telah memberikan kenyataan rasmi mengenai tuduhan penipuan terhadap ibu bapa Rain.

Baru-baru ini, sebuah tulisan bertajuk, “Keluarga penyanyi serta pelakon Rain menghilangkan diri dan tidak melunaskan pinjaman wang yang dibuat daripada keluaga saya,” menjadi perhatian dan perbincangan segenap komuniti secara dalam talian.

Menurut jtulisan berkenaan, netizen (pengadu) menyatakan bahawa ibu bapanya menguruskan sebuah kedai  beras dan ibu bapa Rain menjalankan perniagaan kedai kekberas (rice cake) di Pasar Yong Moon, Seoul pada tahun 1988. Netizen mendakwa, “Mereka [ibu bapa Rain] meminjam 17 juta won (kira-kira $ 15,000) untuk nilai beras dan 8 juta won (kira-kira $ 7,000) secara tunai. Kami meminta mereka membayar balik wang itu, tetapi mereka merayu kerana mengalami masalah kewangan dan akhirnya tidak membayar satu sen pun kepada kami. “

Netizen juga memuat naik salinan perjanjian mengenai hutang tersebut dan menambah, “Ibu bapa saya sekarang berusia lebih dari 50 tahun. Saya telah menulis kepada Rain dan cuba menghubunginya, tetapi tidak berjaya. Saya tidak berupaya untuk kemukakan saman dan juga mengambil tindakan undang-undang kerana tempoh kejadian telahpun melebihi had masa yang ditetapkan mengikut perundangan. Jadi, saya berharap mereka membayar kembali wang itu walaupun ianya telah lama berlalu. “

Pada 27 November, sumber dari agensi Rain Company menyatakan dalam siaran akhbar, “Hello, ini Rain Company. Kami memohon kerjasama serta pemahaman anda kerana kelewatan mengeluarkan kenyataan rasmi  kerana pihak kami perlu mengesahkan kesahihan perkara ini terlebih dahulu dan kami amat berhati-hati dalam memberikan maklumbalas mengenai isu ini. “

Agensi itu turut menyatakan, “Kami kini sedang meneliti kesahihan serta ketepatan fakta yang diperkatakanmenilai sama ada apa yang dikatakan adalah tepat. Sebagaimana yang dituntut oleh pihak berkenaan ianya berkaitan dengan ibu Rain yang telah meninggal dunia, kami akan segera bertemu dengan mereka yang terlibat. Kami juga akan memeriksa tentang kewujudan hutang tersebut dan akan melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan perkara ini. “

Tuduhan terhadap ibu bapa Rain yang melakukan penipuan bukanlah satu-satunya kes yang terjadi kepada keluarga selebriti Korea. Baru-baru ini, Dok2 juga berhadapan dengan tuduhan penipuan terhadap ibunya. Ibu bapa Microdot pula kini sedang dalam penyiasatan kerana melarikan diri ke luar negara selepas meminjam wang dari rakan, jiran, dan kenalan mereka.

Apapun, semoga perkara yang terjadi terhadap Rain dapat diselesaikan dengan baik.

Sumber : Newsen

Adik ipar Rain yang merupakan adik kepada Kim Tae Hee, Lee Wan kini sedang bercinta dengan pemain golf professional, Lee Bo Mi

Dirundung kesulitan akibat netizen menuduh ibu bapa Rain berhutang duit, terpalit juga sedikit sinar gembira apabila adik iparnya Kim Tae Hwan kini menjalinkan ikatan percintaan dengan seorang pemain golf professional Korea.

Pada 27 November, sumber pelakon itu (Lee Wan) mengesahkan, “Lee Wan dan Lee Bo Mi mula berkenalan secara serius  sejak awal tahun ini. Ibu bapa kedua-dua pihak telah mengetahui akan perkenalan mereka.  Kedua-duanya dilihat serius dalam menjalani kehidupan bercinta, namun belum ada lagi perancangan untuk mengikat tali perkahwinan. “Sumber itu turut menambah ,” Mereka berdua berasal dari keluarga Katolik, dan detik pertemuan menerusi seorang paderi yang terdekat dengan mereka. Mereka menunjukkan minat antara satu sama lain dan menjadi lebih rapat melalui sukan golf. “

Tidak lama selepas itu, sumber dari agensi pengurusan Lee Bo Mi, YG Sports menyatakan, “Memang benar beliau kini bercinta dengan pelakon Lee Wan. Mereka tidak bertemu melalui sukan golf, tetapi disebabkan mereka berdua mengamalkan agama Katolik,  mereka diperkenalkan oleh seorang paderi pada awal tahun ini. “Sumber itu juga mengesahkan kenyataan pelakon itu bahawa ibu bapa kedua-dua belah pihak mengetahui tentang hubungan itu, dan mereka tidak lagi merancang untuk berkahwin.

Lee Wan memulakan kerjaya sebagai pelakon pada tahun 2004 menerusi drama SBS – “Stairway to Heaven,” bersama kakaknya, Kim Tae Hee. Beliau terus aktif dalam bidang lakonan dan baru-baru ini telah muncul dalam drama SBS – “Our Gab Soon” dan rancangan sukaramai SBS “Law of the Jungle.”

Lee Bo Mi pula menyertai Persatuan Golf Wanita Korea pada tahun 2007 dan membuat debutnya pada tahun yang sama. Beliau kini bersaing dalam LPGA Jelajah Jepun.

Kami doakan yang terbaik untuk pasangan ini.Semoga berkekalan.

Sumber : biz.heraldpop | Osen | News1

Komentar

comments

loading...