/[Ulasan Kdrama] jtbc The Third Charm : ★★★★☆

[Ulasan Kdrama] jtbc The Third Charm : ★★★★☆


The Third Charm

oleh xyla73
Rating Keseluruhan Drama: 7.5/10

1. Cerita (7/10)

Apa yang silap mengenai drama ini ialah ia dipromosikan sebagai romantik komedi (romcom) tetapi sebenarnya lebih kepada ‘slice of life’ membuatkan ia mendapat review yang buruk daripada target audiens iaitu peminat2 genre romcom. Tetapi jika dilihat dari sudut ‘slice of life’, drama ini boleh diterima kerana apa yang dipaparkan ialah memang sebenarnya apa yang berlaku di dalam realiti. Menurut sinopsis, drama ini mengenai perjalanan kisah cinta sepasang kekasih yang berlainan personaliti selama 12 tahun. Sinopsis ini ada benarnya tetapi ia tidak menceritakan apa yang berlaku selama 12 tahun itu.

Apa yang biasa dilihat pada drama bergenre romcom hanyalah mengisi separuh masa pertama daripada drama ini iaitu fasa pertama dan fasa kedua percintaan pasangan ini. Pada separuh masa kedua ia bertukar nada kepada lebih berat iaitu fasa ketiga di mana mereka menempuh dugaan yang lebih besar di dalam hidup mereka. Pada saat inilah drama ini kehilangan sokongan daripada target audiens mereka kecuali sebahagian kecil penonton yang lebih matang. Kepada mereka yang mampu meneruskan menonton drama ini sehingga ke fasa ini, sediakanlah tisu banyak2 kerana banyak momen2 yang menyentuh perasaan bukan sahaja kepada watak hero & heroin tetapi juga watak2 sampingan.

Pendapat peribadi saya drama ini masih mempunyai tarikannya yang tersendiri kerana saya lebih cenderung kepada drama ‘slice of life’. Ia mengutarakan persoalan adakah cinta sahaja cukup di dalam sesebuah hubungan atau faktor2 lain juga penting seperti keserasian, keterbukaan dan keupayaan untuk berkomunikasi secara efektif dengan pasangan. Drama ini agak menongkah arus drama bergenre romcom apabila watak heroin (Lee Young Jae) itu sendiri bukanlah digambarkan sebagai ‘likeable’. Beliau banyak membuat keputusan yang akhirnya menyakiti watak hero (On Joon Young) yang menyebabkannya dibenci sebahagian penonton. Tetapi jika melihat kepada perspektif yang lebih realistik, kita akan faham mengapa beliau melakukan semua itu. Tiadanya watak antagonis kecuali satu watak yang tidak berapa penting pada permulaan merupakan satu lagi aspek yang menunjukkan drama ini cuba lari daripada cliché drama korea lain. Malah ending juga bukanlah seperti kebiasaan drama romantik lain apabila ia tidak menunjukkan yang akhirnya hero & heroin bersama & ‘happily ever after’. Bagi saya ending agak masuk akal memandangkan apa yang telah dilalui oleh mereka terutamanya watak heroin yang baru melalui saat pahit, agak sukar baginya untuk meneruskan semula sebarang hubungan romantik.


Drama ini lebih berunsur ‘character driven’ di mana kita dibawa menyelami perjalanan jatuh dan bangun setiap watak utama. Penulis menggunakan beberapa metafora contohnya babak di mana Joon Young cuba sedaya-upaya membaiki radio yang rosak semasa mereka membuat kerja amal di sebuah pulau sedangkan menurut Young Jae adalah lebih mudah untuk membeli sahaja radio baru. Ini menggambarkan bagaimana Joon Young & Young Jae menangani masalah di dalam hubungan mereka. Begitu juga babak perpisahan mereka untuk kali kedua di mana Joon Young berlari cuba membeli secawan kopi ke setiap café di sekitar mereka usai mendengar kata putus daripada Young Jae, namun hampa apabila semua café itu tutup.

Secara tak langsung ini adalah simbolik hubungan mereka yang telah berakhir walaupun Joon Young cuba melakukan sesuatu untuk mengubah keadaan. Satu lagi metafora ialah babak apabila Se Eun (tunang Joon Young) membeli sepasang kasut yang disukainya walaupun saiznya agak kecil kerana tiada lagi saiz yang sesuai untuknya. Namun beliau tetap memakai kasut itu walaupun kakinya melecet. Ini adalah simbolik hubungan Se Eun-Joon Young di mana Se Eun masih berharap hubungannya dengan Joon Young berakhir di jinjang pelamin walaupun dia sedia maklum yang harapan itu semakin pudar. Mungkin drama ini akan mendapat rating yang lebih baik jika promosinya disasarkan kepada target audiens yang betul, bukannya mereka yang hanya meminati romcom ringan semata-mata. Drama ini bukan stress reliever bagi mereka yang menonton drama sebagai escapism daripada dunia realiti. Ia juga bukan untuk mereka yang lebih sukakan ‘plot driven’ drama kerana golongan ini akan merasakan drama ini agak membosankan. Tetapi untuk mereka yang sukakan jalan cerita yang emosional dan inginkan sesuatu yang lebih daripada sekadar romcom ringan, bolehlah cuba menonton drama ini.


2. Keberkesanan Lakonan (9/10)

1. Seo Kang Joon [Best Actor]

Saya menunggu prestasi beliau di dalam drama ini sebelum mengambil keputusan mencalonkan beliau untuk kategori Best Actor kerana beliau juga agak mengkagumkan di dalam Are You Human Too. Di sini kita dapat melihat beliau mampu membawa watak yang lebih emosional berbanding di dalam Are You Human Too. Beliau berjaya membawa watak sebagai Joon Young yang ‘nerd’ pada usia 20 tahun, Joon Young yang berjaya dari segi karier sebagai anggota polis tetapi masih mempunyai ‘insecurity’ pada usia 27 tahun dan Joon Young yang lebih dewasa dan akhirnya menemui impiannya tetapi masih berpegang pada memori cinta pertamanya pada usia 32 tahun. Beliau antara pelakon dalam lingkungan usianya yang mampu menguasai lakonan melalui ekspresi muka dan pandangan mata. Penonton dapat merasakan kesedihan yang dilalui Joon Young pada hampir separuh daripada drama ini melalui ekspresi muka dan pandangan matanya.

 

2. Esom [Best Actress]

Watak Young Jae yang dilakonkannya membolehkannya menunjukkan kemampuannya yang baik di dalam lakonan. Sama seperti watak Joon Young, watak Young Jae juga memerlukan pelakon yang boleh bermain dengan emosi. Bermula sebagai Young Jae yang ‘spontaneous’ dan ‘happy go lucky’ sebelum kemalangan menimpa abangnya yang mengubahnya menjadi seorang yang lebih ‘reserved’ dan lebih memendam rasa. Dan kemuncaknya apabila satu lagi tragedi menimpanya sehingga beliau hilang arah. Kesemua senario ini mampu dibawakannya dengan baik dan saya tidak ragu2 untuk mencalonkannya sebagai Best Actress.

3. Yang Dong Geun [Best Supporting Actor]

Saya tidak pernah melihat beliau sebelum ini tetapi wataknya sebagai Soo Jae iaitu abang kepada Young Jae agak meninggalkan kesan. Sama seperti Young Jae, pada awalnya digambarkan sebagai seorang yang ceria tetapi berubah menjadi seorang yang pesimis setelah mengalami kemalangan yang menyebabkannya menjadi lumpuh. Dan akhirnya beliau menemui kekuatan untuk bangkit semula sehingga menjadi seorang penulis lakon layar yang berjaya. Lakonannya meyakinkan pada saat Soo Jae terpaksa melepaskan kekasih lamanya selepas kemalangan itu, dan akhirnya menjadi kekuatan kepada Joo Ran, rakan baik kepada Young Jae untuk meneruskan hidupnya setelah diserang penyakit kanser.

 

4. Lee Yoon Ji [Best Supporting Actress]

Beliau membawakan watak Baek Joo Ran, kawan baik kepada Young Jae. Pada mulanya saya tidak sukakan watak beliau yang digambarkan sebagai seorang yang terlalu terdesak untuk mencari pasangan hidup. Tetapi setelah babak di mana Joo Ran mendapat tahu yang beliau diserang kanser, beliau mampu mengundang simpati saya sebagai penonton.

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi) (7/10)

Dari segi lakon layar, penggunaan metafora untuk menggambarkan sesuatu situasi seperti yang telah saya sebutkan boleh diberi pujian. Tetapi penonton tidak dapat membezakan antara ketiga2 fasa itu, semuanya nampak sama. Mungkin pengarah boleh menggunakan tone warna yang berbeza untuk setiap fasa ataupun perbezaan dari segi kostum atau prop terutamanya untuk fasa kedua dan ketiga.

Dari segi sinematografi, ada beberapa babak yang cantik contohnya babak di mana Joon Young mengambil gambar Young Jae di ladang barli dan juga babak2 di Lisbon. Tetapi sayangnya pengarah tidak memanfaatkan penggambaran di Lisbon dengan sepenuhnya menyebabkan babak2 di Lisbon itu sesuatu yg ‘forgettable’.

4. Skor muzik (4/5)

https://m.youtube.com/watch?v=Fog7CcojrDg

(Penulis tak memberikan sebarang komen)


5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (3/5)

Rating Keseluruhan Drama: 7.5/10


Komentar

comments

Admin Kmania.