/“Akan ketemu lagi sinar mentari, gemersik suara Cuba disuatu masa nanti” – Park Bo Gum

“Akan ketemu lagi sinar mentari, gemersik suara Cuba disuatu masa nanti” – Park Bo Gum

Park Bo Gum melahirkan rasa terujanya dengan keindahan lokasi penggambaran drama tvN Boyfriend / Encounter yang dijadikan poster rasmi drama berkenaan di dalam laman sosialnya sekaligus mengesahkan teka-teki bahawasanya lokasi tersebut sebenarnya terletak di Cuba.

“Pertama kali, terasa diri ini tak dikenali dan akhirnya dapat biasakan diri. Maka, ketemu lagi sinar mentari, gemersik suara, muzik dan tarian Cuba disuatu masa nanti, ” sebut Park Bo Gum mengiyakan dalam kapsyen bergambar.

TVC-mall WW

Baca lagi : Drama tvN Encounter menemukan pemuda kacak dengan janda anak satu

 

Keindahan lokasi penggambaran tersebut dipuji sebilangan netizen yang mengaguminya seakan-akan lukisan yang eksotik dengan berlatarkan simbahan sinar mentari yang kejinggaan di ufuk langit.

Drama tvN Encounter dijangka ditayangkan di Astro 395 tvN HD bermula Khamis, 29 November jam 9.50pm dan juga 8tv bermula 10 Disember 2018 ini.

Sumber: Twitter Park Bo Gum

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.