/[Siri 5] Kenali Jenis-jenis Masker Muka Yang Anda Perlu Tahu

[Siri 5] Kenali Jenis-jenis Masker Muka Yang Anda Perlu Tahu

Penulis sering bercerita tentang kebaikan mask pada kulit muka kita. Apabila menyebut mask, kita pasti teringatkan kepada sheet mask. Pemakaian sheet mask juga merupakan salah satu babak wajib dalam Kdrama. Tahukah pembaca, sebenarnya dalam dunia kecantikan Korea terdapat pelbagai jenis mask muka? Kepelbagaian jenis mask muka ini mempunyai fungsi dan kebaikan yang berbeza-beza kepada pengguna.

Di sini, penulis mengambil contoh sebahagian daripada mask yang wujud dalam dunia Kbeauty, di mana pembaca boleh dapatinya dengan mudah di Malaysia.

1. Clay Mask

Clay mask ataupun disebut sebagai masker tanah liat terkenal dengan fungsi untuk menyerap minyak pada wajah. Selain itu, masker ini juga bertujuan untuk mencuci kekotoran pada wajah. Masker ini amat popular di kedai-kedai Kbeauty utama seperti Innisfree dan sebagainya lagi. Ia begitu mudah untuk diperolehi. Ramai pengguna menyukai masker jenis ini kerana penggunaannya yang mudah dan harganya yang begitu mesra poket. Penggunaan masker ini begitu berkesan untuk memberikan rangsangan pada wajah tanpa mengeluarkan duit untuk mendapatkan rawatan lanjut di Spa. Ini adalah kerana ia adalah satu masker semula jadi yang boleh membersihkan liang-liang pori wajah anda secara mendalam. Penggunaan masker tanah liat dikatakan begitu bermanfaat untuk memperoleh liang-liang pori yang lebih bersih, membuang black head dan white head, mendapatkan kulit yang cerah dan membaiki warna kulit pengguna.


2.  Peel-Off Mask

Sejenis masker yang mana pengguna perlu mengupasnya setelah ia kering. Penggunaannya begitu ringkas dan masker ini  dikeluarkan dalam bentuk gel ataupun seperti serbuk mutiara. Pengguna hanya perlu menyapunya pada wajah dan menunggu masker tersebut kering dalam masa 5 sehingga ke 15 ataupun 20 minit sahaja. Kemudiannya, bahagian paling mengasyikkan buat penulis adalah, mengopek ataupun mengupas masker secara perlahan-lahan dan berhati-hati. Ramai yang beranggapan masker jenis ini agak leceh dan mengambil masa yang lama untuk digunakan.

3. Sheet Mask

Siapa yang tidak tahu mengenai sheet mask. Rangkaian masker wajah yang sering kali diperlihatkan di dalam Kdrama. Murah dan senang dipakai namun sangat bermanfaat kepada pengguna. Hanya dalam masa 15 minit, pengguna boleh memiliki kulit wajah yang sihat, lembap dan cantik. Masker jenis ini selalunya memiliki tiga lapisan kapas yang di rendam dalam inti pati yang kaya dengan pelbagai jenis nutrien. Ianya direka khas untuk melembapkan kulit dengan lebih mendalam dalam hanya kurang 20 minit. Masker ini didatangkan dalam pelbagai jenis penggunaan dan para pengguna hanya perlu melihat kepada jenis-jenis yang bersesuaian pada wajah masing-masing.

4. Bubble Mask

Masker jenis ini agak unik dan penulis sentiasa bersemangat untuk memakainya. Ia bersifat lebih lembut berbanding masker tanah liat. Turut terdapat jenis masker tanah liat yang akan berbuih apabila terkena sentuhan air namun ia agak berbeza dengan bubble mask ini. Masker ini akan berbuih kerana berkarbonasi disebabkan oleh sentuhan. Diawal pemakaiannya, ia akan kelihatan normal seperti masker biasa namun, akan berbuih-buih dalam masa 5 hingga ke sepuluh minit untuk mencuci liang pori pada wajah. Penulis pernah menggunakan masker jenis ini dari jenama Caolin dan Mamonde. Kedua-dua jenama ini boleh di dapati di Malaysia, iaitu Caolin boleh di dapati di stor-stor Sephora dan Mamonde telah membuka beberapa cawangan di KLCC, One Utama dan IOI City Mall. Masker jenis ini juga ringkas dan tidak mengambil masa yang lama. Penulis amat gemarkan rasanya yang segar setelah menggunakannya.

5. Overnight Mask

Mask ini adalah satu trick untuk penulis apabila terlalu letih. Kadangkala penulis tidak mempunyai banyak masa untuk melakukan satu persatu rejim wajah. Oleh itu, penulis hanya akan memakai overnight mask dan terus tidur. Namun perlu diingatkan, rangkaian masker ini tidak boleh dipakai begitu kerap, hanya memadai dua atau sekali seminggu sahaja. Pada masa yang sama, anda juga boleh memakainya seperti masker biasa, iaitu membasuhnya selepas 20 minit. Tetapi, kebanyakannya akan menyarankan anda untuk memakainya semalaman untuk mendapat manfaat yang lebih baik. Kesukaan overnight mask penulis adalah White Wedding Sleeping Essence dari Banila & Co.

Berasaskan dari air, ia direka khas untuk penggunaan semalaman untuk melembapkan serta menggantikan kehilangan kelembapan wajah pada malam hari. Sekiranya anda mungkin mempunyai jadual harian yang sangat sibuk, masker jenis ini amat bersesuaian untuk anda. Kesukaan penulis dari jenis ini adalah Water Sleeping Mask dari jenama Laneige dan juga Bamboo WaterLock Mask dari Erborian. Apa yang membezakan water mask dengan overnight mask adalah, asasnya dari air membuatkan ia bersifat lebih lembut pada kulit wajah. Penggunaan kerap tidak akan merosakkan kulit wajah kita, cuma dinasihatkan untuk tidak terlalu kerap kerana khuatir kulit akan menjadi terlalu berminyak.

Sumber : Refinery 29

Komentar

comments