/Nikmati drama “Hymn of Death” di Netflix

Nikmati drama “Hymn of Death” di Netflix

Netflix, sebagai peneraju penyiaran hiburan yang terkemuka di dunia masa kini, mengumumkan bahawa mereka akan menyiarkan drama kisah cinta tragis “Hymn of Death” atau “Death Song”.

“Hymn of Death” adalah drama pendek yang mengandungi 3 episode sahaja adalah berdasarkan kisah sebenar. Ia mengisahkan tentang penyanyi bersuara soprano pertama Korea; Yun Sim-deok dan teman lelakinya, seorang penulis skrip drama yang genius; Kim Woo-jin. Oleh kerana kisah ini mendapat perhatian ramai, perjalanan kisah cinta mereka yang indah dan bertukar tragis ini telah dipersembahkan semula dalam pelbagai medium termasuk filem, drama dan muzikal.

Lee Jong-suk (yang pernah membintangi drama While You Were Sleeping dan W) akan memperlihatkan kehidupan seorang penulis di zaman Korea di bawah pemerintahan Jepun yang bernama Kim Woo-jin, manakala Shin Hye-sun ( yang membintangi drama 30 but 17 dan My Golden Life) pula akan membawakan watak sebagai penyanyi soprano berbakat besar; Yun Sim-deok. “Hymn of Death” diarahkan oleh Park Soo-jin ( yang pernah mengarahkan While You Were Sleeping, Romantic Doctor, Teacher Kim dan Doctors) dan ditulis oleh Cho Soo-jin.


“Hymn of Death” boleh ditonton di Netflix Korea selepas satu jam siarannya di SBS pada 27 November, 3 Disember dan 4 Disember. Siri ini juga boleh turut ditonton di Netflix Asia pada 14 Disember depan dan penonton di negara lain juga boleh turut menonton drama ini pada 28 Disember.

Sebagai tambahan, Lee Jong Suk telah dinobatkan sebagai Popular Actor di 6th CariKdrama Awards 2017. Manakala drama While You Were Sleeping pula telah memenangi Favorite Drama di anugerah yang sama.

Sumber : Netflix

Komentar

comments