/4 Sebab Kenapa Perlu Tonton Drama Web “Top Management”

4 Sebab Kenapa Perlu Tonton Drama Web “Top Management”

Drama terbaru “Top Management” mengisahkan pengurus  baru yang menguruskan kumpulan idola S.O.U. L ( Sound of Ultra Light). Dia juga mempunyai kebolehan menilik masa hadapan. Drama ini akan menunjukan perit jerih seorang pengurus bersama-sama membantu mencapai kejayaan kumpulan idola S.O.U.L.

“Top Management” merupakan drama Korea pertama diterbitkan  sepenuhnya oleh Youtube dengan  sari kata Bahasa Inggeris dan ditayangkan di saluran 1theK. Ia diolah semula berdasarkan novel web dengan tajuk yang sama dan berjumlah sekitar 16 episod.

TVC-mall WW

Salah seorang pelakon utamanya ialah Cha Eun Woo yakni penyanyi idola daripada kumpulan Astro yang mana pernah membintangi “jtbc My Id is Gangnam Beauty” sebelum ini semestinya rekruit utama kumpulan idola S.O.U.L. Manakala, Ahn Hyo Seop yang pernah berlakon di dalam “SBS Still 17” dan “KBS My Father Is Strange “, pula memegang watak sebagai ahli kumpulan S.O.U.L didatangkan dari Mongoli, berdasarkan pengalaman sebagai bekas pelatih di JYP Entertainment.

Baca lagi: 3 Sebab Mengendap Cha Eun Woo Dengan Lebih Dekat

Seo Eun Su yang pernah melibatkan diri di dalam drama KBS My Golden Life , OCN Duel, SBS Romantic Doctor Teacher Kim dan terbaru sekali, tvN The Smile That Has Left Your Eyes memacu tugas sebagai pengurus yang membantu mengembangkan kumpulan S.O.U.L. Interaksi kimia antaranya dengan Cha Eun Woo dan Ahn Yo Seop pasti amat ditunggu-tunggu kerana cinta antara pengurus dan idol jarang sekali dieksplorasikan  oleh produksi drama korea.

Berikut ialah beberapa tambahan trivia menarik mengenai drama web “Top Managements” anda perlu tahu:

1. Satu-satunya drama korea yang dihayati secara percuma tanpa bayaran langsung

Ia boleh ditonton oleh seluruh lapisan masyarikat dunia dengan melayarinya di laman Youtube.

2. Da Beat Freakz, Deekei ( penerbit Big Bang) dan Gaeko Dynamic Duo turut serta

Mereka hadir sebagai penerbit muzik untuk mewujudkan suasana penerbitan album idola yang sebenar.

3. Ramai idol sebenar turun padang menyumbang suara untuk runut OST drama ini

Antaranya termasuklah, Super Junior Donghae dan Got7 Jinyoung selain Cha Eun Woo Astro sendiri.

4. Setiap tajuk episod menggunakan nama lagu kpop yang terkenal

Semestinya, pihak produksi memberikan penghargaan buat Armys (peminat BTS) sekalian apabila meletakkan “Fake Love” dan “Blood, Sweat & Tears” sebagai tema bagai setiap episod yang ditayangkan. Ia mungkin dijadikan sumber inspirasi buat idol-idol baru untuk mengecapi impian mereka sebagai penyanyi secara berkumpulan.

 

Saksikan Top Management di  : https://www.youtube.com/playlist?list=PLID4CZACkMJTfRC6fdHt-OZcS4nFCbd34

Sumber: 1theK, Kpop Map

Artikel ditulis bersama oleh noonaz dan daus, dan disunting sepenuhnya oleh daus.

Komentar

comments

loading...