/jtbc Clean With Passion Now temukan gadis ‘cleaner’ dengan CEO yang ‘freak’ dengan kebersihan

jtbc Clean With Passion Now temukan gadis ‘cleaner’ dengan CEO yang ‘freak’ dengan kebersihan

 

Drama terbaru yang memenuhi slot Isnin & Selasa cenel jtbc ini akan mula menjengah penonton pada minggu hadapan. Pihak produksi jtbc mengeluarkan satu poster tambahan memaparkan sekumpulan tukang bersih yang dianggotai oleh Gi O Sol (lakonan Kim Yoo Jung, pemenang Best Supporting Actress 1st CARI Kdrama Awards)  duduk bersampingan dengan CEO syarikat kebersihan yang menjadi ‘freak’ apabila melihat kekotoran di hadapannya iaitu Jang Sun Gyeol (lakonan Yoon Gyun Sang).

Kim Yoo Jung cuba mengelakkan dirinya daripada dicam oleh Yoon Kyun Sang,

Gi O Sol yang diduga dengan kesusahan mencari pekerjaan memilih untuk menyertai kumpulan tukang bersih dikenali sebagai ‘Cleaning Fairy’ yang diuruskan oleh Jeon Young Sik (lakonan Kim Min Kyu). Syarikat yang dikelolakan oleh Jang Sun Gyeol secara kebetulan menggaji kumpulan berkenaan untuk memenuhi tuntutan pelanggannya.

Kumpulan ‘Cleaning Fairy’ yang turut dianggotai oleh Kim Yoo Jung.

Di sini juga, Gi O Sol dan Jang Sun Gyeol bertemu di mana perbedaan pendapat mereka tentang kebersihan akan menghangatkan lagi perkembangan cinta antara mereka. Jang Sun Gyeol seorang benci akan kewujudan bakteria lalu menyebabkannya tak keruan bila melihat kekotoran walhal Gi O Sol pula memandang kekotoran itu bukan suatu yang jijik belaka. Setiausaha Gwon (lakonan Yoo Sun) pula akan memastikan Jang Sun Gyeol berada dalam keadaan yang perfeksionis.

Watak Song Jae Rim, Choi Gun ( Doctor Choi) tidak wujud dalam webtoon asal. Walaupun kelihatan seperti seseorang penganggur, dia sebenarnya memiliki fizikal dan gaya yang hebat. Choi Gun akan menjadi orang ketiga dalam percintaan antara Gil Oh Sol dan Jang Sun Gyul sekaligus mewujudkan cinta tiga segi.Choi Gun dilihat mempergayakan pakaian tukang bersih bagi mendampingi Gi O Sol.

Song Jae Rim cuba mendampingi Kim Yoo Jung.

Diarahkan oleh Noh Jong Chan (“MBC Personal Taste”, “jtbc War of The Flowers”) , jtbc Clean With Passion Now boleh ditonton menerusi saluran Viu bagi penonton Malaysia bermula 26 November 2018 selepas jtbc Beauty Inside berakhir.

Broadcast Date/Time: 26 November 2018 /  21:30 KST / Setiap Isnin dan Selasa

Starring: Kim Yoo Jung, Yoon Kyun Sang, Song Jae Rim

Sumber: mk culture 

Gambar dikreditkan pada jtbc.

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.