/TV Asahi ambil langkah ‘ban’ BTS sementara kerana kontroversi baju Jimin

TV Asahi ambil langkah ‘ban’ BTS sementara kerana kontroversi baju Jimin

Isu nasionalisme sentiasa hangat, baik di Korea Selatan mahupun Jepun disebabkan hubungan antara kedua-dua negara tersebut pada masa silam. Kali ini, pihak TV Asahi Jepun mengambil keputusan untuk menggugurkan kumpulan kpop popular, BTS dalam rancangan realiti tv mereka setelah tular tentang baju yang dipakai oleh Jimin, salah seorang anggota kumpulan BTS, tertulis ukiran yang memaparkan semangat patriotisme dan akan dipakai mereka semasa sesi rakaman.

Agensi Big Hit Entertainment mengesahkannya di dalam satu kenyataan dikeluarkan di laman facebook, ,” BTS tidak dapat muncul di TV Asahi seperti dijadualkan pada 9 haribulan. Keputusan ini agak mendukacitakan, dan kami terima.”

BTS pernah diundang TV Asahi pada dua tahun lepas.

TV Asahi turut mengeluarkan kenyataan sebelumnya, “Selepas kami berbincang dengan pihak media dan penyiar, kami memutuskan untuk menggugurkan BTS setelah mendapati mereka tekad untuk memakai baju yang menggunakan lambang patriotisme tersebut “. Baju itu tertera gambar bom atom yang dijatuhkan ke atas Jepun (Hiroshima dan Nagasaki) sebagai lambang Korea terbebas sepenuhnya daripada penaklukan Jepun seperti dilaporkan oleh media di sana.

Sumber: joins

Komentar

comments

Admin Kmania.