/Model Kim Woo Young meninggal dunia

Model Kim Woo Young meninggal dunia

Model kelahiran Korea Selatan, Kim Woo Young yang terkenal dengan ‘trademark’ tatunya didapati telah meninggal dunia akibat nahas jalan raya berdekatan dengan jambatan Mapo di Seoul sekitar jam 5.30 petang pada 5 November lalu.

Seperti dilaporkan Supreme Boi dalam laman instagram nya, ” Mendiang merupakan kawan baiknya yang sudi meluangkan masa dengan sesiapa pun, maka saya lebih gembira sekiranya sesiapa yang mengenali Kim Woo Young bersama dengan kita juga.”

Kim Woo Young pernah muncul di dalam video klip nyanyian Rap Monster (Kim Nam Joon) BTS, “Change”, kolaborasinya bersama Wale. Kemunculan Kim Woo Young di dalam video klip tersebut mendapat pujian dan penghargaan daripada penonton kerana keunikan tatunya yang terukir hampir pada keseluruhan tubuhnya.

Sumber: hankyung , huffington

Model Kim Woo Young meninggal dunia

Komentar

comments

Admin Kmania.