/[Ulasan Kdrama] tvN 100 Days My Husband : ★★★☆☆

[Ulasan Kdrama] tvN 100 Days My Husband : ★★★☆☆


100 Days My Husband

oleh Aida Senawi
Rating Keseluruhan Drama: 7.5/10

1. Cerita (7/10)

Bermula kisah bila ayah Lee Yool (D.O) diangkat menjadi raja dengan bantuan vice premier dengan cara kotor. Vice premier ni dah bunuh raja yg memerintah masa tu termasuk semua pengikut2 setia raja waktu tu dan dia angkat la bapak si Yool ni jadi raja baru. So secara automatiknye Lee Yool ni pun jadi laa crown prince. Punye la jahat si vice premier ni, dia takdela nk tolong bodo2 je. Dia sendiri pun ada agenda dia sendiri. Disebabkan dia dah tolong bapak Yool ni, so bapak Yool ni terpaksa la tunaikan segala permintaan vice premier ni. Dan antara syarat dia, Yool kene kawen ngn anak perempuan dia. Kire jaminan keturunan dia nanti akan naik jugak la jadi raja suatu hari nanti. gittew.

Dalam antara orang2 kuat raja sebelum tu yg kene bunuh dengan vice premier tu termasuk la bapak kepada Yoon Yi Seo (Nam Ji Hyun) dan Moo Yeon (Kim Jae-Young). Dan selepas kejadian tragis berlaku kat keluarga Yi Seo tu, dia ngan abang dia terpisah laaa sebab abang dia nak selamatkan dia dari dibunuh oleh orang2 vice premier. Yi Seo hidup jadi orang biasa dan dibela oleh ayah angkat dia. Dia tak guna dah nama Yoon Yi Seo tu, dia ganti Hong Shim sebab nk kene rahsiakan identiti dia yang sebenar. Vice premier ni dah boleh dapat rasa yang Yool / crown prince ni bakal menggagalkan plan2 jahat dia, tambah2 Yool dapat tau anak yang dikandungkan crown princess tu bukan anak dia, lagi laa vice premier cuak. Tu dia lancarkan serangan besar-besaran hendap terhadap crown prince sebab dia nk bunuh si yool ni. Tapi dalam insiden berdarah tu, dorang tak dapat nk kesan sama ada Yool betul2 dah mati ke belum. Tapi, demi nak mengaburi mata raja, dorang terpaksa memalsukan mayat yool dengan mayat askar yang turut terkorban masa kejadian tu. alkebetulan mayat yang hanyut dorang jumpa tu memang dah tak rupa orang, lagi la menyenangkan kerja dorang. tambah lagi raja tu pun halahhh.. malas nak citer. hahaha tapi dia sebenarnya still yakin anak dia hidup lagi, tapi.. ala malas la nk citer lelebih. tengok la sendiri.

Si Yool tu hidup lagi ke idok sebenarnya? dia hidup, dan terselamat sebab bapak angkat hong shim jumpa dia kat celah semak dalam hutan. tapi malangnya Yool hilang ingatan. Walaupun nama dia sendiri pun dia tak ingat, tapi karekter dia yang poyo, kerek, sombong, bongkak, berlagak anak orang kaya tu masih wujud dan kekal lagi la. hahaha Dalam kekecohan kat istana pasal matinya sang crown prince, kat ceruk2 kampung plak dok heboh pasal perutusan raja yang baru keluar, sesape yang masih single mingle tu dorang diwajibkan dan dipaksa kawen sebab kepercayaan dorang nak panggil hujan. Dan makanya dalam kampung tu tinggal laaaa si hong shim ni je yg tak kawen2 lagi.

Disebabkan takda calon lelaki bujang yg nak kawen dengan dia, makanya dia dipaksa kawen dgn sorang laki bangsawan yang agak gatal dan meghenyam la jugak orangnya. hahahaha tapi si hong shim ni masih berkeras tak nak kawen sebab dia buat modal dia tengah tunggu jodoh dia nama won deuk yang tengah pergi berperang. Dan secara kebetulannya bapak angkat dia ni plak bawak la balik si Yool, pi klentong orang kampung jadikan Yool ni sebagai Won Deuk yang baru balik dari perang. Tapi disebabkan dia hilang ingatan, Yool ni pun layankan jela. Demi nak penuhi perintah dari istana, makanya dorang pun kawen kan laaa Hong Shim ni ngn Yool a.k.a Won Deuk.

Bermula kisah 100 days my prince ni sebagai rakyat biashee yang bernama Won Deuk. Korang kene tengok sendiri selebihnya sebab 80% citer ni aku rasa memang lebih banyak citer pasal life Won Deuk sebagai orang biasa dan macam mana dia nk belajar terima kehidupan dia jadi orang biasa yang dia sendiri tak biasa. hahaha lawak tau dak. Tapi awal tu banyak geram jela sebab dia memang banyak gile menyusahkan bini dia. 😤 kalau aku jadi Hong Shim memg dah lama dah aku humban laki dia ni dalam parit. hahaha Selain dari citer pasal life dorang laki bini ni, ada gak laa selit2 citer pasal vice premier ni masih lagi menjalankan misi mencari si Yool. Dan orang yang dihantar utk pegi buru Yool ni bukan orang lain pun, abang si Hong Shim ni jugak sebenarnya. Macam mana plak abg dia bleh jadi orang suruhan kepada orang yang pernah bunuh bapak dia sendiri?? Dah kenapa gitu lerr plak jadinye ye? Berjaya ke idok si Won Deuk ni ingat balik sape dia yang sebenar? Berjaya ke idok Hong Shim ni jumpa balik abang dia? Agak2 macam mana kalau Hong Shim ni dapat atau yang abg dia sendiri jadi orang suruhan orang yang pernah bunuh bapak dorang? Dan yang paling fenting, berjaya tak dorang2 ni jatuhkan vice premier yang beria2 nak kuasai kuasa pemerintah waktu tu? kena la tengok sendiri ye.

Komen aku utk keseluruhan cerita ni, mgkin yang bikin drama ni memg takda niat nak buat cerita berat2 pun. So aku tengok citer ni lebih kepada komedi la. Sebab byk je scene2 kelakar dalam setiap episode tu. Takda pun macam penekanan isu masalah pemerintahan kerajaan masa tu ke ape ke. Kalau nak compare historical drama lain yang aku pernah tengok. Contoh macam kalau tgk Scarlet Heart macam tak habis2 dok citer pasal perebutan tahta anak beranak, bape kerat naww la citer pasal rakyat jelata. Kalau nak citer pasal perjuangan seorang crown prince terhadap rakyat jelata dia macam citer Ruler of Mask. Haa tu memg betul2 dia nk citer pasal pemerintah yang berjiwa rakyat.

Tapi citer 100 days My Prince ni lebih fokus pasal kisah cinta pandang pertama crown prince dari kecik bawak ke besar. Citer ni macam Love in the Moonlight yang banyak berkisahkan kisah cinta crown prince la. Best la jugak citer 100 days my prince ni sebab Lee Yool/Won Deuk dgn wife dia ni dikelilingi orang2 yang boleh tahan kelakar gakla, kawan2 dorang ni kalakar2 orangnya. Cuma kalau awal tu geram dengan Won Deuk/Yool, kat tengah2 tu aku geram plak ngan si bini dia yang naif itteeww.. Awok udoh tau ada yang berharap, jangan laa lurus bendui bebeno. menyirap pulak aku nengoknye. Yang berharap tu pun try hard sungguh.

So 100 days tu sebenarnya nak cerita 100 hari Yool / Won Deuk ni sepanjang menjadi rakyat biashe. Dorang dah gambarkan karakter Lee Yool ni cerdik, serba serbi pandai (main pedang, bawak kuda, handal memanah, yadda yadda), dan dari awal lagi dorang tunjuk bertapa kebalnya vice premier ni sampai semua orang termasuk raja pun tunduk dengan dia. Sepatutnya bagi la macam 1 adegan lawan yang betul-betul lawan. Untuk scene yang ada tu, lemah sangat. Yep memang la kirenya Yool tu dah prepare nak pasang perangkap jugak sebab dia dah boleh agak dah yang vice premier tu pn memang nak perangkap dia. Tapi kalau tengok yang episode sebelum tu kemain laaa ramai dia punya assassin yg memanah jauh berbatu siap lalu tepi pipi crown prince semata nk bunuh informer2 yang nak bocorkan rahsia vice premier ni. Lagi masa yang dorang serang bertubi2 kt dalam hutan tu kemain ramai orang2 vice premier ni. Lagi power masa raja arahkan serangan hendap pulak terhadap vice premier masa tu dah memang nak kalah dah, tapi dia still berjaya jugak selamatkan diri. Bekap dia mana?? Orang Yool tak kene jentik langsung pun. Unfair la. Vice Premier datang dengan orang berpedang je, tapi crown prince siap ada pemanah yang datang bagi serangan hendap. Rasa macam nak suruh Yuna nyanyi plak kat tengah laman tempat dorang lawan tu, “ini tidak adil, tidak adil bagiku..” hahahaha Part tu jela aku rasa taposati sket. hahaha Sebab overall jalan citer dia dah cantik dah even banyak benda yang aku teka tu betul. hahaha Dan part ending last tu memg hindustan skit. hahaha (kene tengok sendirik!) 😛 


2. Keberkesanan Lakonan (9/10)

1. Do Kyung Soo [Best Actor]

Ni kira 1st time D.O bawak watak utama dalam historical drama kalau tak silap aku, dan pada aku D.O ni memang aku lebih nampak dia dalam berlakon dari dia nyanyi dalam EXO tu. hahaha tapi dia memang super talented la. Boleh berjaya dalam dedua karier dia ni.

2. Nam Ji Hyun [Best Actress]


Gandingan D.O dengan Nam Ji Hyun ni pada aku okey je sebab aku pun 1st drama lakonan dia. Cuma awal2 tu aku macam nampak dia ni plak lagi tua dari D.O. hahaha tapi sebenarnya tak pun. Tp mungkin jugak la sebab watak dia dalam citer ni terpaksa berdikari bila laki dia macam lost tak reti buat 1 benda hapee pun awal tu, tu la yg nampak dia mcm terlajak matang dari laki dia la kot. Ape pun comei la tgk gandingan dorang ni. 🙂

3. Jung Hae Kyung [Best Supporting Actor]

Beliau yang memegang watak sebagai bapak angkat kepada Hong Shim sebenarnya banyak peranan dia dalam citer ini selain dialah penyelamat Won Deuk / Lee Yool. Beliau yang bertanggungjawab menjaga Hong Shim selepas Hong Shim hilang tempat bergantung, hilang seluruh ahli keluarga. Bapak angkat Hong Shim ni jugaklah yang banyak tolong dalam hubungan antara Won Deuk dan jugak Hong Shim pada awal tu.

 

4. Lee Min Ji [Best Supporting Actress]

Sahabat baik kepada Hong Shim yang bernama Kkeut-Nyeo ni la sentiasa bersama Hong Shim waktu susah senang. Banyak bagi sokongan dekat Hong Shim waktu Hong Shim dok kalut baru dapat laki yang banyak menimbulkan masalah. Nampak sangat keakraban Hong Shim dengan Kkeut-Nyeo ni. Sedih tengok masa Hong Shim tekad nk pindah keluar ikut abang dia, terpaksa nak berpisah dengan kawan baik dia ni. Bukan setakat masa dorang tinggal di kawasan kejiranan je dia banyak tolong Hong Shim, sampai masa Hong Shim nak cari abang dia dekat dalam kawasan istana pun Kkeut-Nyeo ni dengan laki dia ada tolong Hong Shim jugak

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi) (6/10)

Secara teknikalnya pada aku drama ni sama je lebih kurang macam historical drama yang lain dan tak ada sangat pun kelainan ataupun element keistimewaan dalam drama ni. Susunan untuk sepanjang penceritaan tu ada banyak yang dorang skip2 je. Contohnya macam tak diceritakan pun macam mana Hong Shim survive masa lepas dia terpisah dengan abang dia malam bapak dorang kene bunuh tu dan macam mana bapak angkat dia boleh jumpa dia dan decide utk bela dia. Tau2 dah besor dah tinggal dengan pak cik tu. Patut bleh la selit skit sebab kalau ikutkan budak tu kecik lagi kot.

Lepastu macam waktu Vice Premier kene serang hendap tu, waktu tu dia tinggal berdua je kalau tak silap dan dikepung oleh ramai lagi saki baki pihak lawan dia yang tinggal. Dengan keadaan Vice Premier masa tu pun dah tercedera kene panah kat dado macam mustahil gak la untuk dia berjaya larikan diri. Tapi dorang skip macam tu je. Tau2 berita sampai pada raja yang vice premier tak mati pun sepertimana yang raja nak. Dan pada aku ending untuk matikan watak vice premier tu mungkin boleh ditragiskan la lagi sebab kejahatan yang dia buat pun bukan sikit. So rasa macam tak setimpal pulak dengan adegan lawan tak seberapa ittew.

Dan kebiasaan mana-mana historical drama memang akan selalu memaparkan lokasi-lokasi ikonik bagi penonton ingat tentang drama tersebut. Dan bagi aku visual bagi drama ni sama je lebih kurang macam historical drama biasa.

4. Skor muzik (5/5)

1. Chen – Cherry Blossom

https://www.youtube.com/watch?v=wJi2_U_rGwk

2. Gummy – Fade Away

https://www.youtube.com/watch?v=vPnqQpt9noY


5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (3/5)

Rating Keseluruhan Drama: 7.5/10


Komentar

comments

Admin Kmania.