/Foto Yoo Ah In mengulum rokok undang kontroversi

Foto Yoo Ah In mengulum rokok undang kontroversi

Yoo Ah In sememangnya seorang dikenali dengan perangai ‘bad boy’nya selain memiliki pemikiran kritis terhadap unsur-unsur seni. Kali ini, beliau memuatnaik gambarnya sedang mengulum sepuntung rokok di lorong pejalan kaki bandaraya metropolitan, Paris yang kebasahan selepas hujan. Rata-rata netizen meminta Yoo Ah In menjauhi perbuatan merokok kerana ianya membahayakan kesihatan, sambil sesetengahnya menganggap perbuatan itu sesuatu yang tak ‘cool’ bagi mereka kerana kempen henti merokok sedang giat dijalankan di seluruh dunia.

Yoo Ah In sedang giat bercuti di Paris setelah selesai mengikuti jelajah promosi filem Default bersama Kim Hye Soo. Tak lama dulu, beliau pernah mencetuskan kontroversi disebabkan perbedaan pandangan dengan netizen tentang isu feminism, hak sama rata, dan sebagainya sehingga menimbulkan polemik perdebatan yang berpanjangan. Apapun, Yoo Ah In yang pernah menerima dua kali pencalonan Best Actor CARI Kdrama Awards ini, sering dipuji kerana versalitinya dalam seni lakonan.

Sumber: heraldcorp

TAGS:

Komentar

comments

Admin Kmania.