/“Terima kasih semua. Saya sudah bebas ” – Xia Junsu

“Terima kasih semua. Saya sudah bebas ” – Xia Junsu

Hari ini, bermulanya sejarah baru buat penyanyi Kim Junsu, atau dikenali sebagai Xiah Junsu dalam kalangan peminatnya apabila beliau dibebaskan setelah menjalani latihan khidmat tentera selama lebih setahun setengah.

Seramai lebih 200 orang peminat berkumpul di hadapan pintu depan berek polis di mana beliau ditempatkan sebagai meraikan kemunculannya.

“Beri saya masa untuk berbincang dengan Jaejong & Yoochun. Selepas itu, baru kami buat keputusan ,” kata Junsu apabila ditanya kemungkinan untuk membuat kemunculan semula dengan penampilan sulung kumpulan mereka, JYJ selepas masing-masing selesai menjalani khidmat negara.

 Rakan sekumpulannya, Park Yoo Chun pula tak dipastikan apa perancangan aktivitinya setelah bergelut dengan kes-kes mahkamah dan juga berita perkahwinannya dengan Hwang Hana manakala Kim Jae Joong pula masih mendiamkan diri setelah membintangi drama KBS Manhole, antara drama KBS paling teruk ratingnya, pada tahun lepas.

Apapun, Junsu masih berfikiran positif.

Katanya, “Semasa diberitahu saya akan keluar tak lama lagi, mereka hantar ucapan tahniah, ” menunjukkan semangat kekitaan mereka bertiga masih lagi utuh walaupun mereka diduga dengan berbagai-bagai rintangan.

Kim Junsu mengucapkan terima kasih buat peminat-peminat yang datang dari jauh setia menemuinya di pintu depan.

“Terima kasih semula. Saya belajar banyak dalam masa satu tahun setengah. Pengalaman di ‘military service’ sangat-sangat berharga dan dikenang. Moga saya dapat sumbangkan sesuatu buat masyarakat ,” sambung Junsu lagi sebelum beredar meninggalkan berek polis tersebut.

Kesemua gambar dikreditkan pada xsportnews.

Sumber:  xsportnews

 

Komentar

comments

Admin Kmania.