/Lee Gikwang dan Son Dong Woon HIGHLIGHT akan ‘enlist’ sebagai askar aktif!

Lee Gikwang dan Son Dong Woon HIGHLIGHT akan ‘enlist’ sebagai askar aktif!

Nampaknya impian kumpulan Highlight untuk menyertai khidmat negara serentak akan tercapai biarpun bukan dalam masa yang sama. Kesemua mereka dikatakan sedang siap siaga untuk menyertai khidmat ketenteraan.

Pada 5 November, agensi kumpulan Highlight; Around Us Entertainment menyatakan, ” Lee Gikwang dan Son Dongwoon telah mengambil bahagian dalam pengambilan anggota polis kali ke 362, namun permohonan mereka telah ditolak.”

Agensi itu menambah, “Semua ahli sedang siap siaga untuk mendaftar masuk menjalani khidmat negara, seorang demi seorang,” dan menyatakan bahawa tarikh pendaftaran mereka belum ditentukan lagi.

Sebelum ini, Yoon Doojoon dan Yang Yoseob juga memohon untuk pengambilan sebagai anggota polis, dan hanya Yang Yoseob yang diterima masuk. Yoon Doojoon pula kini bertugas sebagai askar tugas aktif pada bulan Ogos, manakala Yang Yoseob akan mendaftar sebagai anggota polis pada 24 Januari 2019.

Selepas Yoon Doo Joon dan diikuti Yang Yoseob, tiga yang lain juga (Yong Junhyung, Lee Gikwang, dan Son Dongwoon) bersiap sedia untuk mendaftar masuk jalani khidmat negara masing-masing.

Highlight akan melancarkan album terakhir mereka sebelum mendaftar masuk (enlist) pada 20 November. Mereka juga akan mengadakan sebuah konsert  “OUTRO” di Olympic Gymnastics Stadium pada 24 dan 25 November ini.

Sumber : Newsen

Komentar

comments