/Ini dia cara idol Kpop menyambut Parti Halloween!

Ini dia cara idol Kpop menyambut Parti Halloween!

Hallowen adalah hari perayaan yang di sambut di negara-negara barat pada 31 Oktober. Namun sejak kebelakangan ini  ia turut disambut di Korea Selatan. Taman tema dan pusat membeli belah turut dihias dengan bertemakan Halloween kerana mereka juga turut meraikan parti Halloween pada bulan Oktober yang lalu. Selain mengenakan kostum seperti hantu, ramai juga yang memilih untuk meniru watak-watak filem dan animasi yang digemari

SM Entertainment juga turut mengadakan parti Halloween setiap tahun.  Pada tahun ini, “SM Wonderland” telah dihadiri oleh artis naungan agensi terbabit seperti kumpulan Shinee, Girls Generation, EXO , Red Velvet , Boa dan ramai lagi. SM Entertainment juga turut memberikan hadiah untuk pakaian terbaik  dikalangan jemputan.

Key dari Kumpulan Shinee memilih untuk menjadi Voldermart. Malah dia juga merangkul hadiah tempat pertama untuk pakaian terbaik.

Tempat kedua ialah Luna dari f(x) yang memilih untuk menjadi Groot.

Taeyeon dan Yuri dari Girl Generation bergambar bersama Boa

Kumpulan Twice pula telah mengadakan sesi perjumpaan peminat dengan tema Halloween pada 28 Oktober yang lalu di  Universiti Yonsei, Seoul. Para peminat juga turut diminta berpakaian ‘cosplay’.

Karekter yang dipilih oleh ahli Twice berdasarkan ‘fan cam‘ peminat :

Tzuyu –  Ghost Bride , Jeongyeon- No Face, Nayeon – Catwoman,  Sana- Red Queen, Mina – Mummy , Dahyun – Anabelle, Chaeyeong- Joker, Jihyo-Pocahontas,  Momo- Cruella De Vil

Saksikan Twice yang sanggup untuk jadi tidak cantik untuk menghiburkan peminat mereka menjelang hari Halloween. Tema Halloween sentiasa dekat di hati Twice  apabila menampilkan konsep ini di dalam muzik video hits mereka, TT.

Sumber : SMTown Instagram, Key Instagram,Studio Parn

Komentar

comments