/‘Stars, Us’ paduan suara Seo In Guk dan Jung So Min untuk OST “That Smile Has Left Your Eyes”

‘Stars, Us’ paduan suara Seo In Guk dan Jung So Min untuk OST “That Smile Has Left Your Eyes”

Seo In Guk akan berpadu suara dengan Jung So Min untuk mengisi runut bunyi yang kedua bagi drama tvN – “That Smile Has Left Your Eyes”. Mereka berdua adalah teraju drama ini dan pastinya lagu nyanyian mereka menjadikan drama ini lebih istimewa.

Pada 1 November, media telah diberitahu bahawa teraju utama “The Smile Has Left Your Eyes” akan menyanyikan sendiri  runut bunyi (OST) untuk drama ini. Lagu yang diberi judul  “Stars, Us” yang mana akan mempamerkan bakat vokal mereka dan ia mengisahkan tentang pasang surut perjalanan kisah cinta mereka yang penuh emosi.

Baca juga : Kelibat Seo In Guk buat penonton seriau di dalam tvN The Smile Has Left Your Eyes

Sumber dari krew produksi drama itu menyatakan, “OST nyanyian Seo In Guk dan Jung So Min akan diperdengarkan untuk kali pertama dalam episod 10, yang disiarkan pada 1 November.” Mereka turut menambah, “Ini akan sebuah muzik cinta yang romantis kerana gandingan ini telah berjaya menambat hati para penonton sedari awal drama ini bersiaran,”.

“The Smile Has Left Your Eyes” adalah sebuah drama bertemakan melodrama misteri yang menceritakan kisah Kim Moo Young (Seo In Guk), seorang lelaki yang nampak normal tetapi penuh misteri sehinggakan beliau seringkali muncul berdekatan dengan lokasi pembunuhan) dan Yoo Jin Kang (Jung So Min), seorang wanita yang polos serta menaruh hati kepada Moo Hyung biarpun kadangkala tingkahlaku Moo Hyung pelik pada Jin Kang. Abang Jing Kang, Jin Gook (Park Sung Woong) merupakan seorang detektif yang menyiasat kes melibatkan Moo Young.

Umum ketahui, Seo In Guk adalah seorang penyanyi kelahiran program realiti Superstar K pada tahun 2009 dan beliau telah menghasilkan beberapa buah lagu serta album. Beliau juga telah banyak menyumbangkan suara bagi mengisi runut-runut bunyi drama seperti  “All For You” – duet bersama Eun Ji (tvN – Reply 1997), “No Matter What” (SBS – Master’s Sun) dan “Fate – Like a Fool” (KBS – Love Rain). Ini juga merupakan kali kedua Jung So Min menyanyikan untuk runut bunyi selepas lagu “Because You’re Here” (tvN – Because This Is My First Life).

Lagu “Stars, Us” nyanyi Seo In Guk dan Jung So Min akan menjadi OST kedua untuk “The Smile Has Left Your Eyes.” Lagu ini boleh dicapai  menerusi laman web muzik dalam talian pada 8 November mulai jam 6 p.m. KST. Drama yang penuh mendebarkan ini dapat disaksikan menerusi plantar streaming ‘Viu Malaysia‘ setiap Khamis dan Jumaat, dalam masa 24 jam selepas tayangan berakhir di Korea Selatan.

Sumber : OSEN

Komentar

comments