/Song Hye Gyo, janda anak satu berpelukan di sisi Park Bo Gum di dalam tvN Boyfriend

Song Hye Gyo, janda anak satu berpelukan di sisi Park Bo Gum di dalam tvN Boyfriend

Pihak produksi tvN mengeluarkan poster permulaan untuk drama tvN Boyfriend , atau nama lainnya, Encounter untuk tatapan peminat Song Hye Gyo dan Park Bo Gum yang menanti tayangan drama ini tak lama lagi.

Dalam poster berkenaan, Song Hye Gyo dilihat merapatkan tubuhnya di sisi Park Bo Gum di hadapan bandaraya bersebelahan lautan yang cantik di mana mereka bertemu buat pertama kali dalam satu kejadian pelik yang tak disangka-sangka.

Song Hye Kyo yang pernah tercalon Best Actress 2nd CARI Kdrama Awards sebelum ini akan membawakan watak  Cha Soo Hyun, merupakan anak perempuan kepada tokoh politik dan dipaksa berkahwin dengan anak lelaki  seorang hartawan sebaik sahaja dia menamatkan pengajian dari kolej. Namun perkahwinannya berakhir dengan penceraian dan seorang anak kecil.

Park Bo Gum pula diberikan peranan Kim Jin Hyuk, seorang lelaki biasa yang minikmati hidupnya dengan gembira. Beliau bekerja secara sambilan sambil mencari pekerjaan yang tetap. Dengan wang simpanan hasil dari pekerjaan sambilannya, dia memulakan perjalanan ke luar negara yang  telahpun dirancang selama setahun dan bertemu dengan Cha Soo Hyun. Keduanya akhirnya membibitkan perasaan cinta namun pelbagai rintangan akan diharungi mereka kerana status Cha Soo Hyun, anak kepada seorang politikus. Mampukah cinta terlarang antara Cha Soo Hyun dan Kim Jin Hyuk dapat disatukan? Pastikan anda menonton drama ini untuk ketahui selanjutnya.

Sumber: sport khan

Komentar

comments

Admin Kmania.