/HIGHLIGHT keluarkan sebuah mini album November ini buat peminat sebelum berehat seketika

HIGHLIGHT keluarkan sebuah mini album November ini buat peminat sebelum berehat seketika

Berita baik kepada peminat kumpulan HIGHLIGHT. Mereka akan buat kemunculan semula dengan sebuah mini album November ini.

Pada 2 November, media diberitahu HIGHLIGHT akan meriliskan album khas pada 20 November depan. Pada 29 Oktober lepas, kumpulan ini telah mengeluar sebuah digital single berjudul ‘Take Care’ sejajar dengan sambutan ulangtahun penubuhan HIGHLIGHT (dahulu dikenali sebagai B2ST) yang ke 9.

Album ini dipercayai dikeluarkan sebagai tanda kenangan buat peminat setia sepanjang ketiadaan mereka kelak dek tuntutan khidmat ketenteraan. Umum ketahui, ketua kumpulan Highlight, Yoon Doo Joon telah menyertai khidmat tentera sejak Ogos lepas dan album ini bagaimanapun telah direkod sebelum beliau berbuat demikian. Jadi, peminat usah risau dengan ketiadaan suara Yoon Doo Joon ini.

Namun begitu, album baru ini tidak akan menjalani sebarang promosi dan HIGHLIGHT tidak akan menyertai mana-mana program muzik. Dalam pada itu, HIGHLIGHT akan mengadakan sebuah konsert terakhir mereka “OUTRO” di Olympic Gymnastics Stadium pada 24 dan 25 November ini.

Untuk perkembangan lain, Yoon Doo Joon kini ditempatkan di Division 12 Gangwon Province selepas tamat jalani latihan  selama lima minggu. Yang Yo Seob pula akan menyertai Nonsan Training Center pada 24 Januari 2019, manakala yang lain (Lee Gikwang, Yong Jun Hyung dan Son Dong Woon) akan turut menjalani khidmat tentera mereka pada tahun hadapan.

Jom, sama-sama kita nantikan album terbaru mereka! Sebelum itu, dengarkan single terbaru mereka “Take Care”

Sumber : xportsnews

Komentar

comments