/Drama “Death Song” lakonan Lee Jong Suk & Shin Hye Sun akan disiarkan selepas “Where Stars Land”

Drama “Death Song” lakonan Lee Jong Suk & Shin Hye Sun akan disiarkan selepas “Where Stars Land”

Berita baik untuk para peminat Lee Jong Suk dan Shin Hye Sun. Drama lakonan mereka “Death Song” atau “Hymn Of Death” telah mendapat lampu hijau untuk disiarkan di SBS.

Pada 1 November, wakil dari penyiaran SBS memberitahu, Drama khas “Death Song” akan disiarkan pada 27 November ini di SBS.” Drama lakonan Lee Jong Suk, Shin Hye Sun, Lee Ji Hoon dan Lee Sang Yeob ini adalah remake daripada sebuah filem keluaran tahun 1991 yang berkisarkan kisah sebenar.

“Death Song” adalah tajuk sebuah lagu paling popular yang dinyanyikan oleh penyanyi soprano pertama Korea, Yun Sim Deok yang diterbitkan pada tahun 1926. Kisah hidup Yun Sim Deok telah difilemkan dan dipentaskan secara muzikal. Kehadiran lagu ini juga menjadi titik permulaan kepada lagu-lagu pop di Korea. Bagaimanapun, drama terbitan SBS ini akan menampilkan sesuatu yang berbeza, kerana ia bukan sahaja menceritakan tentang kisah cinta tragis Yun Sim Deok dan Kim Woo Jin, tetapi ia akan memaparkan siapakah sebenarnya Kim Woo Jin yang selama ini tidak ditonjolkan kepada umum.

Pemenang kategori Popular Actor di 6th CariKdrama Awards, Lee Jong Suk akan membawakan watak sebagai Kim Woo Jin, iaitu seorang penulis drama yang hebat, manakala Shin Hye Sun akan membawakan watak sebagai Yun Sim Deok iaitu penyanyi bersuara soprano pertama yang mengecapi zaman kegemilangannya di Korea. Drama “Death Song” ini diarahkan oleh pengarah yang pernah mengarahkan drama hit SBS “While You Were Sleeping” yang juga dilakonkan oleh Lee Jong Suk dan Lee Sang Yeob.

“Death Song” akan disiarkan pada 27 November ini (Isnin dan Selasa) selepas drama “Where Stars Land” berakhir. Drama dua episode ini pastinya dinantikan para penonton yang sebelum ini pernah menonton filem dan pada mereka yang ingin mengetahui kisah cinta tragis antara Yun Sim Deok dan Kim Woo Jin. Jangan lupa untuk menonton drama khas ini yang pastinya meruntun hati anda.

Setakat ini belum ada sebarang informasi jika drama ini akan turut ditayangkan di ONE HD. So, stay tuned for more updates !

Sumber : Newsen

 

Komentar

comments