/Do Kyung Soo EXO rampas takhta “Kmania Top Star” milik Taehyung BTS untuk bulan Oct 2018

Do Kyung Soo EXO rampas takhta “Kmania Top Star” milik Taehyung BTS untuk bulan Oct 2018

Do Kyung Soo (D.O.) EXO telah dinobatkan ‘Kmania Top Star’ bulan Oct 2018 dengan mengenepikan pencabar terdekat Bobby Ikon.

Carta ‘Kmania Top 10 stars’ bulan October 2018 membuat kejutan apabila Do Kyung Soo atau dikenali sebagai D.O. diangkat sebagai juara ‘Kmania Top Star’, seterusnya merampas takhta dari tangan Taehyung BTS.

Do Kyung Soo meraih undian yang agak tinggi iaitu sebanyak 93 undi, meneruskan kesinambungan idol menerajui ‘Kmania Top Star’. Lebih manis lagi, beliau melonjak dari kedudukan no.10 pada bulan lepas ke tangga pertama, menjadikan satu-satunya selebriti Korea yang berjaya berbuat demikian. Populariti Do Kyung Soo tak dapat disangkalkan lagi disebabkan penglibatannya di dalam drama sageuk tvN 100 Days My Prince yang baru saja habis ditayangkan pada hari ini dan menampilkan beliau sebagai putera mahkota terpaksa dinikahkan untuk berlindung daripada pergelutan kuasa di istana. Episod tvN 100 Days My Prince berakhir dengan ‘ratings’ sebanyak 14.4% menjadikan drama tvN kedua tertinggi pada tahun 2018 ini.

Tempat ke-2 diduduki oleh Bobby dari kumpulan Ikon dengan beza undi hanya 4 saja dari Do Kyung Soo. Bobby berjaya berbuat demikian dengan sokongan peminat Ikonic-nya setelah membuat persembahan yang penuh memukau di Stadium Malawati pada 15 October lalu. Mungkin bahang konsert masih lagi terasa dalam kalangan peminat Ikon di Malaysia. Seterusnya, peminat Runningman seharusnya berbangga sekali lagi apabila Song Ji Hyo, pelakon yang terkenal dengan aktiviti lasak ini masih kekal di tangga ke-3.  Ia suatu pencapaian yang menakjubkan meskipun drama lakonannya sudah lama habis bersiaran.

Dari kiri: Song Mino, Seo Hyun Jin, Kim Tae Hyung dan So Ji Sub.

Pelakon yang tak dapat dinafikan kekacakannya lagi, So Ji Sub debut di kedudukan no.4 setelah menyerlah dengan lakonan sebagai perisik yang tampak serius tapi kelakar di dalam drama MBC Terius Behind Me sedang hangat ditayangkan di Oh K setiap Khamis dan Jumaat. So Ji Sub dijangka akan memintas kedudukan lebih tinggi jika beliau konsisten mendapat undian yang lebih banyak untuk edisi bulan November pula. Di kedudukan no.5 pula diraih oleh pemegang takhta ‘Kmania Top Star’ lepas, Taehyung BTS. Keobsesan segelintir peminatnya terhadap paras rupa dimiliki oleh selebriti tersebut telah melonjakkan lagi keazaman mereka untuk memastikan Taehyung pada kedudukan terbaik.Penyanyi solo bergelar pelakon, IU atau Lee Ji Eun debut buat pertama kali di kedudukan no.6, yang mana undiannya mungkin dipacu dengan kemenangan di 6th APAN Star Awards dan pengumuman konsert jelajahnya di beberapa lokasi di rantau Asia. Peminatnya pasti ternanti-nanti kemunculan IU setelah lama merehatkan diri.

Posisi no.7 dan no.8 masing-masing diperolehi oleh Seo Hyun Jin dan Nam Ji Hyun. Kedua-duanya dikenali hasil lakonan dalam drama bersiri masing-masing, di mana Seo Hyun Jin menyerlah dengan watak berubah tubuh badan di dalam jtbc Beauty Inside manakala gandingan berkesan Nam Ji Hyun dengan Do Kyung Soo telah membuatkannya turut terkena tempias mendapat kedudukan top 10 pada edisi kali ini.

Akhir sekali, Song Mino daripada kumpulan Winner telah berjaya menempatkan kedudukan pada tangga no.9. Konsert Winner di Stadium Malawati pada 16 October lepas telah meninggalkan kesan mendalam buat peminat Inner Circle, terutamanya, sehingga disebut-sebut sebagai konsert Winner terbaik pernah diadakan di Malaysia. Barangkali itu penyebab peminatnya gigih mengundi Song Mino. Manakala, Kang Daniel daripada kumpulan Wanna One yang pernah secara konsisten berada di kedudukan top 10 dalam dua carta ‘Kmania Top 10 Stars’ tahun lepas kembali semula ke no.10.  Popularitinya di Malaysia agak selaras dengan perkembangan idol tersebut di Korea apabila kembali semula merampas kedudukan no.1 untuk ‘Individual Ranking Member’ pada bulan ini juga.

NO.

Top 10 Stars

Name

1 Do Kyung Soo (EXO)
2 Bobby (iKON)
3 Song Ji Hyo
4 So Ji Sub
5 V Taehyung (BTS)
6 IU
7 Seo Hyun Jin
8 Nam Ji Hyun
9 Song Mino (Winner)
10 Kang Daniel (Wanna One)

Klik sini ->

Komentar

comments

loading...