/[Ulasan Kdrama] tvN Familiar Wife : ★★★☆☆

[Ulasan Kdrama] tvN Familiar Wife : ★★★☆☆


Familiar Wife

oleh Bedah Lip Lap
Rating Keseluruhan Drama: 9.5/10

1. Cerita (8/10)

Familiar Wife memberi kita makna tentang erti sebuah perkahwinan. Alam perkahwinan dan alam percintaan sememangnya berbeza sama sekali. Tanpa mengetahui apa yang bakal dihadapi pada masa hadapan, Joo Hyuk dan Woo Jin berkahwin atas dasar cinta. Namun kehidupan tak selalunya indah seperti yang kita harapkan. Desakan hidup menjadikan Joo Hyuk dan Woo Jin mula mengabaikan perasaan masing-masing dan saling menyalahkan antara satu sama lain.
Perasaan cinta yang dulunya membara kian pudar dan ini membuatkan Joo Hyuk berasa lemas dan rimas. Dia meminta peluang kedua untuk mengubah takdir hidupnya namun itu bukanlah satu tindakan yang betul kerana bahagia yang diinginkan hanya bersifat sementara dan melihat Woo Jin yang baru sebagai wanita bujang yang sentiasa ceria membuatkan Joo Hyuk mula menyesali perbuatannya. Walau dia berpura-pura bahagia dengan pilihannya untuk mengubah takdir, akan tetapi tarikan daripada Woo Jin amat sukar untuk dielakkannya. Waktu itu, barulah dia faham mengapa Woo Jin berubah menjadi isteri yang garang dan panas baran. Semuanya bermula daripada sikapnya sendiri yang tidak tahu untuk menghargai isteri.
Di saat Woo Jin turut jatuh cinta kali kedua dengan Joo Hyuk, Joo Hyuk terpaksa menolak dengan berat hati kerana tidak mahu Woo Jin terluka lagi. Setelah berfikir panjang, Joo Hyuk yang mrngalami masalah rumah tangga dan sudah bercerai kini mula bercinta dengan Woo Jin dan berikrar untuk terus menghargai wanita tersebut sehingga ke akhir hayatnya.


2. Keberkesanan Lakonan (10/10)

1. Ji Sung [Best Actor]

Walaupun tidak menyukai watak yang dibawakan oleh Ji Sung menerusi drama ini, namun terpaksa juga diakui bahawa lakonannya amat berkesan. Dari awal hingga episod terakhir, tetap juga dirasakan wataknya adalah seorang lelaki yang terlalu mementingkan diri sendiri dan balasan yang diterimanya kurang setimpal dengan apa yang dia dapat.

2. Han Ji Min [Best Actress]


Tak dapat dinafikan lagi, lakonan Han Ji Min sangat hebat. Penghayatannya sewaktu membawa watak Seo Woo Jin pasti akan membuat dada setiap isteri di dunia ini berasa sesak dan perit.

3. Cha Haek Yeon N [Best Supporting Actor]

Dengan Hwan, N berjaya meneutralkan drama ini agar menjadi lebih relaks dan bersahaja.

 

4. Lee Jung Eun [Best Supporting Actress]

Watak yang dibawakannya sebagai emak Woo Jin amat penting dalam garis cerita drama ini. Walaupun sudah mengubah takdir, hanya emak Woo Jin sahaja yang mengetahui kebenarannya.

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi) (*/10)

(Penulis tak memberikan sebarang komen)

4. Skor muzik (5/5)

https://www.youtube.com/watch?v=7TkbJ3F52VY

(Penulis tak memberikan sebarang komen)


5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (5/5)

Rating Keseluruhan Drama: 9.0/10


Komentar

comments

Admin Kmania.