/Top 5 Penyanyi Korea paling ‘legend’ kerana gelaran “King of Ballads OST”

Top 5 Penyanyi Korea paling ‘legend’ kerana gelaran “King of Ballads OST”

Apabila menonton drama korea, pasti akan terngiang-ngiang di kepala siapakah yang menyanyi sebaliknya lagi-lagi lagu tersebut menangkap halwa pendengarnya. Dengan paluan suara yang gemersik dan melodi yamg syahdu, mereka mekar dengan lagu-lagu nyanyian mereka terutamanya gubahan untuk OST drama. Berikut disertakan 5 penyanyi korea boleh dikatakan taraf hebat untuk dilabelkan sebagai “King of Ballads OST” di atas pengaruh lagu nyanyian mereka dan penerimaannya dalam kalangan penggemar drama korea di Malaysia.

 

5. Jung Seung Hwan

Mula mengorak langkah melalui penyertaan ke dalam ujibakat pertandingan nyanyian, SBS Kpop Star Season 4 pada tahun 2015, sebelum membuatkan pendengar terpegun dengan aluan gemersik vokalnya menerusi beberapa lagu balada dirakam untuk album solo mahupun runut bunyi untuk drama-drama korea.

Sesiapa yang menonton drama tvN Another Oh Hae Young pasti teringat pada lagu “If It is You” yang selalu dimainkan sewaktu adegan ‘heartbreaking’ antara Eric Moon dan Seo Hyun Jin. Lagu ini menggambarkan perasaan sedih seseorang yang dikecewakan kekasih yang diharapkannya.

Tahun 2018 ini, Jung Seung Hwan kembali semula dengan dua buah lagu, “An Ordinary Day” dan “Fine” masing-masing dirakam sebagai runut bunyi untuk drama jtbc Life dan tvN My Mister.

 

4.  K Will

Sebut saja K Will, nama ini tak pernah lekang daripada ingatan penonton drama dengan suaranya yang begitu merdu dengan tone yang sederhana rendah. Masakan sampai dia digelar sebagai ‘Prince of OST’ oleh peminat drama korea kerana lagu-lagu balada nyanyiannya menjadi siulan mereka. Dahulunya, K Will dipanggil ‘Mariah Carey’ Korea kerana berjaya membawakan lagu-lagu penyanyi wanita berkenaan dengan cara tersendiri.

Drama KBS A Love To Kill membuatkan namanya mula dikenali dengan lagu berjudul ‘Dream’, hasil kolaborasi dengan penyanyi Bi Rain untuk projek album terbarunya dan kemudiannya dengan ‘Love is Punishment’ untuk drama SBS Brilliant Legacy lakonan Lee Seung Gi dan Han Hyo Joo.  Populariti ‘Love is Punishment’  telah menyebabkan dia acapkali dicari-cari untuk menyanyikan runut bunyi drama-drama korea termasuklah SBS You Who Came From The Star, SBS Remember: War of The Sun dan banyak lagi.

Tahun 2018 ini, K Will kembali menyajikan kita dengan runut lagu bagi drama jtbc Beauty Inside gandingan Seo Hyun Jin dan Lee Min Ki berjudul ‘Beautiful Moment’.

 

3.  Kim Bum Soo

“Bo Go Ship da” atau bermaksud ‘Saya Rindukan Kamu’ adalah lagu dimuatkan untuk drama SBS Stairway To Heaven lakonan Kwon Sang Woo dan Choi Ji Woo, sebuah lagu berentak melo balada yang penuh mengasyikkan berkisarkan tentang seseorang yang kehilangan kekasihnya dan sangat merindui akan kehadirannya di sini. Lagu nyanyian Kim Bum Soo ini sangat dikenali sehingga menjadi pencetus fenomena penyanyi balada lelaki di zamannya.

Seterusnya, Kim Bum Soo banyak membahagikan masa untuk album-abum solo nya selain cuba merakamkan runut bunyi untuk beberapa drama korea, antaranya ‘I Love You’ untuk drama KBS Uncontrollably Fond lakonan Suzy dan  Kim Woo Bin serta ‘Amnesia’ untuk drama SBS Saimdang.

 

2. Shin Seung Hun

Siapa tak mengenali raja balada ini sekian lama dulu dengan lagu berjudul ‘I Believe’ dimuatkan untuk filem My Sassy Girl. ‘I Believe’ diibaratkan sebagai ‘My Heart Will Go On’ versi Korea disebabkan pengaruh filem berkenaan dalam kalangan peminat genre romantik di seluruh Asia. Tapi mungkin ramai tak tahu, beliau telah lama mendominasi pasaran korea dengan lagu berentak balada untuk album-album solonya dan kini pada tahun 2018, sudah pun berusia 52 tahun.

Tahun 2018 ini, Shin Seung Hun bangkit semula dengan lagu balada penuh syadu dan dramatik untuk runut bunyi drama tvN Mr. Sunshine lakonan Lee Byung Hun dan Kim Tae Ri. ‘Beautiful as Fireworks’ satu gubahan akan membuatkan penonton terpesona dengan keindahan melodi dan liriknya.

 

1. Sung Si Kyung

Sukar untuk membayangkan siapa lebih layak di tangga pertama, tapi dari segi populariti lagu OST nyanyiannya di kalangan penggemar drama korea di Malaysia mungkin sudah cukup untuk tidak menidakkan Sung Si Kyung di posisi tersebut.

Pertama kali menyentuh hati pendengar dengan lagu berjudul ‘You Are My Spring’ untuk runut bunyi drama SBS Secret Garden, Sung Si Kyung terus menghadiahkan peminatnya  kemudian dengan ‘Every Moment of You’ untuk drama SBS You Who Came From The Star. Malah, kedua-dua lagu ini bertahan lebih beberapa minggu di carta Itunes Malaysia dalam masa yang sama menunjukkan betapa hebatnya OST ini di Malaysia.

Tapi, orang Korea pula lebih mengagumi lagu balada ‘To You’ remake asal nyanyian Seo Tai Ji dimuatkan untuk runut bunyi drama tvN Reply 1994 sehingga menjuarai carta Gaon dan Kpop Hot 100 selama berminggu-minggu. ‘To You’ lebih membawa penggemar drama korea menggamit memori masa silam sewaktu Seo Tai Ji mendunia di Korea. ‘To You’ juga tercalon untuk ‘OST Terbaik’ 2nd CARI Kdrama Awards.

Meskipun sibuk dengan album solo baladanya, Sung Si Kyung juga turut merakamkan beberapa lagu untuk dimuatkan dalam runut bunyi drama korea seperti KBS Moonlight Drawns By The Clouds, dan SBS Legend of The Blue Sea.

Selain daripada 5 penyanyi di atas, juga layak untuk dipertimbangkan (“Honorable Mentions”) :

  1. Ryu Si Won (Ryu) – Lagu tema KBS Winter Sonata
  2. Roy Kim – SBS Pinochio , tvN Another Oh Hae Young
  3. Yoon Gun (Brown Eyes) – MBC Sad Love Story
  4. Kim Dong Ryul
  5. Park Hyo Shin – KBS I am Sorry I Love (MISA) ,tvN Mr. Sunshine
  6. Eddy Kim – tvN Goblin

dan sebagainya.

 

Komentar

comments

Admin Kmania.