/Episod akhir tvN 100 Days My Husband cecah rating 14.4% tertinggi selepas tvN Mr. Sunshine

Episod akhir tvN 100 Days My Husband cecah rating 14.4% tertinggi selepas tvN Mr. Sunshine

Dari kiri: tvN 100 Days My Husband dan tvN Mr. Sunshine

Drama tvN 100 days My Husband telah labuhkan tirainya semalam dengan pungutan ‘rating’ yang agak tinggi iaitu sebanyak 14.4% di seluruh rantau Korea dan 15.2% di metropolitan Seoul mengatasi pesaingnya , SBS Where The Stars Land, MBC Bad Papa, KBS Matrimonial Chaos dan jtbc Beauty Inside di slot yang sama, menurut agensi Nielsen Korea.

Ia seterusnya meletakkan tvN 100 days My Husband antara drama tvN yang tertinggi ‘rating’ nya selepas tvN Mr. Sunshine, menjadikannya drama mingguan ketiga paling tinggi ‘rating’nya pada tahun 2018 selepas SBS Return. tvN Mr. Sunshine masih memegang takhta tersebut buat masa ini dengan nilaian sebanyak 18.1% untuk episod akhirnya.

Drama ini yang turut dibintangi oleh Do Kyung Soo dan Nam Ji Hyun berakhir dengan kedua-duanya telah berjaya mengatasi krisis pergolakan kuasa di istana yang mengkehendakkan mereka berpisah setelah berkahwin secara olok-olok selama seratus hari. Setelah berjaya menumbangkan bangsawan paling korup dan rakus tersebut, Lee Yool, putera mahkota Joseon menemui Hong Shim dan berjanji akan meluangkan hidupnya bersama gadis yang dikasihinya. Hong Shim menganggap itu satu ‘proposal’ segera menerima perlawaan Lee Yool dengan senang hati.

tvN “Hundred Days Husband” mengambil kisah tentang seorang putera mahkota bernama Lee Yool dari kerajaan Joseon yang hilang selama seratus hari, dijumpai oleh Hong Shim dalam keadaan di mana mereka terpaksa menyamar sebagai suami isteri sementara. Mereka menguruskan kedai terkemuka di Joseon sebagai protes melawan cukai yang amat tinggi dikenakan kepada rakyat marhaen oleh bangsawan paling celaka di Joseon sehingga digelar ‘bapa cukai negara’.  Mungkin mempunyai sedikit persamaan dengan drama MBC “Ruler Master of Mask”, drama ini dikatakan mengambil inspirasi daripada trilogi filem Jason Bourne.

Episod akhir tvN Hundred Days Husband ini boleh ditonton menerusi saluran 8tv (ch 708) pada setiap Isnin dan Selasa, jam 10.20 malam.

Sumber: sport chosun

Komentar

comments

Admin Kmania.