/Rebuti peluang menyaksikan K.A.R.D & hadiah berupa Volkswagen di Lazada 11.11 Shopping Festival

Rebuti peluang menyaksikan K.A.R.D & hadiah berupa Volkswagen di Lazada 11.11 Shopping Festival

Pada 28 October 2018 bertempat di Kuala Lumpur, Lazada malaysia telah mengumumkan pelancaran acara terbesar membeli-belah dalam talian pada tahun ini iaitu Lazada 11.11 Shopping festival. Buat belum tahu lagi, Lazada adalah sebuah pusat membeli-belah dalam talian yang membekalkan pelbagai produk termasuklah peralatan rumah, barangan-barangan elektronik, barangan-barangan fesyen, makanan kesihatan tambahan, produk-produk kecantikan, permainan kanak-kanak, peralatan sukan, dan pelbagai lagi.

Lazada 11.11 Shopping festival dijangka menyediakan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan untuk  para pengunjung. Mereka boleh mengambil bahagian dalam setiap permainan yang dijanjikan dengan hadiah yang menarik serta diselangi dengan jajaran konsert tertutup yang melibatkan persembahan daripada artis tempatan iaitu Haqiem Rusli, Aiman Tino, Ayda Jebat, Wany Hasrita, Ella, Ziana Zain, Bunkface dan banyak lagi serta artis luar negara iaitu Cakra Khan dari Indonesia dan kumpulan kard dari Korea, semestinya.

Kumpulan Kard dikenali sebagai kumpulan kpop duo berempat yang agak popular di luar rantau Korea yang dianggotai oleh J. Seph, B.M, Jeon So Min dan Jeon Ji Hoo. Pastinya kehadiran mereka sangat-sangat ditunggu peminat kpop Malaysia.

Apa yang perlu anda buat untuk mendapatkan tiket secara percuma?

  • Muat naik gambar bersama pasangan/kawan yang ingin dibawa bersama.
  • Tag dan tulis caption “Do you want to go to the Lazada 11.11 Super Show with me?” bersama hashtag #MYLazada1111 dan dibalas dengan ‘yes’ atau setuju utk pergi bersama-sama .
  • Penyertaan ini akan berakhir pada 31 October dan sebanyak 50 pemenang akan dipilih secara rawak oleh pihak penganjur pada 1 November.

Selain itu , netizen juga berpeluang besar untuk memenangi hadiah hebat termasuk dua buah kereta Volkswagen Beetle 1.2 TSI dengan cara bermain ‘Wonderland’ yang dimuatturun daripada aplikasi Lazada ketika konsert sedang berlangsung. Malah, mereka juga akan menerima panggilan video daripada artis kegemaran mereka. Lebih menarik lagi, mereka tidak akan pulang dengan tangan kosong kerana mereka juga berpeluang memenangi hadiah menarik daripada produk Loreal Paris, Carlo Lino, Phillips , Lactogrow, Sunsilk, Drypers dan Xiaomi .

Apa lagi, ayuh memuat turun aplikasi Lazada sekarang untuk memenangi hadiah yang hebat dan menarik. Lazada juga akan menurunkan harga sebanyak 0.99sen di aplikasi Lazada serta menawarkan beberapa baucer dengan nilainya berjumlah RM 200,000. Bukan setakat itu sahaja, Lazada juga akan mempromosikan 10,000 kotak kejutan yang mengandungi pelbagai jenis jenama rahsia yang akan diberi diskaun sebanyak 70% . Bahkan, 50 jenama yang terkenal akan diberikan penawaran harga paling rendah pada 11 November 2018 ini dari pukul 12.00 am sehingga 2.00 am.  Pengguna lazada juga berpeluang membuka kotak harta karun yang berisi pelbagai baucer dan jenama yang terkenal hanya tertera pada jam 11 pagi dan 5 petang di aplikasi ‘Wonderland’ Lazada pada 11 October. Tawaran ini hanya diberikan sehingga 11 November 2018. Ingat itu!

TAGS:

Komentar

comments