/Kerana ciuman penuh dasyat ini, jtbc Beauty Inside terus melonjak 30 juta tontonan Naver

Kerana ciuman penuh dasyat ini, jtbc Beauty Inside terus melonjak 30 juta tontonan Naver

Drama jtbc Beauty Inside semakin mendapat tempat di hati penonton baik dari Korea mahupun di luar negara termasuklah Malaysia. Pada episod 9 yang berlangsung semalam, Seo Do Jae (lakonan Lee Min Ki) memulakan langkah dengan mencium Han Se Gye (lakonan Seo Hyun Jin) tanpa perlu lagi berselindung. Mereka telah mengambil keputusan untuk bercinta walaupun masing-masing terhalang disebabkan penyakit dialami mereka.

Akan tetapi, mereka kemudiannya dikejutkan dengan kehadiran mak Han Se Gye, Han Sook Hee (lakonan Kim Hee Jung) yang muncul tiba-tiba ke dalam rumah menyaksikan kemesraan mereka. Seo Do Jae terus menurunkan Han Se Gye daripada ribanya. Tanpa ragu-ragu, Seo Do Jae terus melutut di depan Han Sook Hee dan berjanji akan menjaga Han Se Gye dengan sepenuh hati. Lebih memilukan, Han Sook Hee yang mengetahui dirinya tak lama lagi hidup meminta Seo Do Jae terus mengahwini anaknya. Kehadiran seorang budak di dalam gambar di atas menandakan sesuatu berlaku pada Han Se Gye. Apakah sebenarnya terjadi padanya?

jtbc Beauty Inside menceritakan kisah cinta antara Han Se Gye, seorang pelakon A-list yang mesti menghabiskan seminggu setiap bulan untuk tinggal di dalam tubuh orang lain, dengan Seo Do Jae, seorang pengarah eksekutif sesebuah syarikat penerbangan ternama namun menderita prosopagnosia (ketidakupayaan untuk mengenali wajah orang lain), tetapi hanya boleh mengecam Han Se Gye. Kehidupan mereka berubah setelah keduanya bertemu.  Namun membuatkan penonton berdebar-debar bukan kerana Seo Do Jae yang akhirnya mengenali Han Se Gye dan memahami keajaiban transformasi muka berlaku padanya, tetapi adalah kerana perubahan Han Se Gye yang meminjam tubuh orang lain menjadi semakin tidak stabil. Adakah ini tanda-tanda Han Se Gye akan terpisah daripada Seo Do Jae buat selama-lamanya?

jtbc Beauty Inside yang telah mencecah lebih 30 juta tonton di Naver semalam dan meraih rating yang agak baik sekitar 3-4% ini boleh dinikmati menerusi Viu Malaysia oleh penonton Malaysia.

Sumber:  tv report

 

Komentar

comments

Admin Kmania.