/[Ulasan Kdrama] tvN My Mister : ★★★★★

[Ulasan Kdrama] tvN My Mister : ★★★★★


My Mister

oleh Aida Senawi
Rating Keseluruhan Drama: 9.75/10

1. Cerita (10/10)

Drama ni sejujurnya agak berat dan sangat deep. Mungkin tak ramai yang minat nak tengok sebab faktor barisan pelakon yang tak berapa menarik minat dorang. Tapi kalau pada sesape yang betul-betul kaki drama korea dan tahu kelebihan-kelebihan pembawakan watak oleh pelakon-pelakon dalam drama ni, mungkin jejas pun rasa nak tengok drama ni. Macam aku sendiri sejujurnya aku rasa nak tengok drama ni sebab nak tengok IU. Kalau 1st drama yang aku pernah tengok lakonan IU dikelilingi oleh pelakon-pelakon kacak dalam drama Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo, dan karekter yang dibawa dalam drama tu lebih cheerful, happy go lucky, tabah, and so on so on. So after baca sinopsis drama My Mister ni rasa teringin nak tengok pulak IU yang berpewatakan serius, dan misteri tu. Malah, digandingkan pula dengan Lee Sun Kyun, ajushi bersuara macho dalam Coffee Prince. Overall cerita ni nak menceritakan tentang setiap orang mempunyai kisah dan konflik dalaman sendiri yang membawa kepada tekanan dan depresi dengan masalah hidup dorang. Ada yang disebab faktor hubungan (keluarga, adik beradik, kawan baik, kawan setempat kerja, pasangan, dll) , kewangan, perasaan, matlamat hidup, dan macam-macam lagi lah.

Ada 1 quotes yang aku boleh relatekan dengan drama ni :-

Jangan remehkan 3 perkara

1) Marahnya orang yang bersabar.

2) Sedihnya orang yang suka bergurau.

3) Kecewanya orang yang setia.

Semua ni ada dalam drama My Mister ni yang banyak sangat bermain dengan emosi. Kesian dengan watak tu, kesian dengan watak ni. Kesian dan kesian belaka. But at the end of the days, hikmahnya orang yang bersabar pasti ada jalan penyelesaian bagi setiap permasalahan. Dan orang yang tamak sudah pastilah akan rugi. 🙂 Lagi satu, My Mister ni juga agak berat, tapi dont’ worry.. drama ni bukanlah drama yang meleret-leret sedih berair mata. Ia lebih kepada stress, tertekan dengan tekanan yang setiap karakter tu kena hadap. Situasi normal dalam kebiasaan drama bila orang bawahan dibuli oleh pihak atasan. Dendam yang melibatkan nyawa. Tapi walau apa keadaan, susah macam mana sekalipun, keluarga tetap menjadi keutamaan. Selebihnya kenalah tengok sendiri.

 
2. Keberkesanan Lakonan (9/10)

  

1. Lee Sung Kyun [Best Actor]

Watak Park Dong Hoon yang dibawa oleh Lee Sun Kyun adalah seorang anak yang baik dan taat kepada ibunya, seorang adik dan abang yang baik kepada abang dan adiknya, seorang suami yang baik kepada isterinya, seorang pemain bola yang berdedikasi dan yang bermain dengan baik dalam team bola sepaknya, dan tak lupa juga seorang manager yang baik dan bertanggungjawab kepada anak-anak buahnya. Senang cerita Park Dong Hoon digambarkan seorang yang terlampau baik sehingga sanggup menelan segala rasa susah payah dan tekanan masalah hidup seorang diri kerana tidak mahu menyusahkan keluarga dan orang sekelilingnya.

Dan rasanya Lee Sun Kyun berjaya membawa watak tersebut sehingga penonton dapat rasa bertapa banyaknya bebanan dan tekanan perasaan yang terpaksa dia tanggung seorang diri, dan tak pernah dia melepaskan rasa marah dan berdendam pada orang yang mengambil kesempatan atas sifat baik dia tu. Sebab tu jangan diremehkan marahnya orang yang bersabar dan kecewanya orang yang setia. Tak boleh sungguh tengok waktu dia nangis teruk-teruk tu. rasa nak nangis sama. Sebab dah terlampau banyak benda yang dia terpaksa telan sorang.

 

2. Lee Ji Eun / IU [Best Actress]


IU sebagai Lee Ji An, seorang yang pendiam, serius, tidak suka bergaul dan agak misteri membuatkan karakternya yang sedemikian rupa menimbulkan seribu pertanyaan dan membuatkan penonton berteka-teki dengan watak sebenar dia. Lee Ji An ni juga merupakan mastermind dan yang terlibat dalam plan-plan jahat dalam drama ni. Watak Lee Ji An ni agak tough jugak sebenarnya. Walaupun nampak macam dia tak banyak sangat bercakap, tapi karakter dia yang agak misteri tu dia pandai menyembunyikan identiti sebenar dia. Walaupun dia seorang perempuan yang hidup susah, serba kekurangan tetapi dia bukan lah seorang yang mudah dimanipulasi. Itu yang menunjukkan bertapa kebijaksanaan dia dalam menjadi seorang spy. Nampak ciri-ciri ketabahan menjadi seorang cucu yang menjaga neneknya yang sudah uzur, malah bisu pulak tu, dia terpaksa membuat 2 kerja demi menampung kehidupan mereka. Penceritaan tentang tekanan hidup dalam diri Lee Ji An tidak digambarkan secara zahir pada riak wajahnya, namun setelah mengetahui latar belakang dan sejarah hitam yang pernah berlaku dalam hidupnya, secara automatik boleh mengubah persepsi terhadap diri dia yang sebenar.

 

3. So Sae Byuk [Best Supporting Actor]

Dari kiri: Park Ho San & So Sae Byuk


Song Sae Byuk memegang watak sebagai Park Gi- Hoon, adik kepada Park Dong Hoon yang dilakonkan oleh Lee Sun Kyun. Kenapa aku pilih dia berbanding abang dia Park Sang Hoon yang dilakonkan oleh Park Ho San kerana pada aku watak Park Gi Hoon menyimpan lebih banyak rahsia abang-abang dia dan bertindak sebagai orang yang banyak memberi kekuatan dan semangat kepada dua abang dia. Walaupun karakter Park Gi Hoon lebih baran dan kuat memberontak, tapi dia banyak berada disituasi penting dan banyak benda-benda penting dia yang terlebih awal tahu dahulu. Seperti semua watak yang ada dalam drama ini, Park Gi Hoon jugak mempunyai tekanan dan beban masalah yang dia cuba sembunyikan dari semua orang. Tapi selepas dia berjumpa Choi Yoo Ra lakonan Nara, boleh nampaklah dalam sekeras-keras dan sebaran-baran dia tu tetap ada seorang perempuan yang berjaya melembutkan hati dia. cewah! .

4. Oh Nara [Best Supporting Actress]

Watak yang dibawa sebagai Jung Hee, owner sebuah restoran yang menjadi pusat berhimpunnya 3 beradik tu dengan kawan-kawan mereka yang lain. Seorang yang agak ceria, happy go lucky, very supportive, suka menolong kawan-kawan walaupun diri sendiri pun tengah struggle fight her own depression dengan masalah cinta yang tergantung sepi tu. Kalau tengok pada keseluruhan, sebenarnya memang dorang ni saling support each other, tak kiralah dalam keluarga 3 beradik tu sendiri, kawan2 dorang, even mak dorang sendiri perihatin dengan keadaan dan kebajikan Jung Hee ni. Tapi the point is kenapa watak Jung Hee ni penting sebab dia ibarat center kepada dorang semua. Mungkin tak semua watak yang kita boleh nampak bertapa berfungsinya watak Jung Hee pada dorang, tapi boleh lihat antara contohnnya macam masalah hubungan Gi Hoon dan Yoo Ra dapat diselesaikan dengan bantuan Jung Hee, masalah rumah tangga Sang Hoon dengan wife dia pun lastnya berbaik-baik dekat restoran Jung Hee jugak. Bukan itu je, masa Lee Ji An ibarat terbuang selepas tekad untuk jadi whistle blowing dalam company tempat dorang kerja tu pun Jung Hee banyak sangat tolong dengan bagi tempat tinggal sementara dan bagi peluang dia bekerja dekat restoran tu. Cuma kadang kesian dan sedih dengan watak Jung Hee ni bila waktu dia bersendirian, dia jadi down, sedih, dan kemurungan. Sebab tu jangan diremehkan sedihnya mereka yang suka bergurau. 🙁

 

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi) (10/10)

[Best Director Nomination]

Biasanya drama yang bercorakkan kisah hidup yang agak deep-deep ni memerlukan kepakaran pengarah hebat bagi menonjolkan setiap emosi bagi setiap watak dan karakter dalam drama tersebut. Drama ni agak berat dan memerlukan susunan dan shot-shot yang boleh menjadikan drama ini tidak terlalu meleret dan boleh mengakibatkan penonton berasa boring. Susunan bagi setiap plot dan jalan cerita pun tersusun dan tidak terlalu complicated dan susah untuk faham.

Drama ni lebih banyak memaparkan suasana di tempat kerja, kawasan rumah, dalam train, tapi tetap ada shot-shot yang cantik seperti scene waktu malam bulan mengambang ketika Lee Ji An bawak lari nenek dia sorong katil pusat penjagaan orang-orang tua. Sama juga waktu Lee Ji An bawak neneknya melihat bulan mengambang dengan menyorong neneknya di dalam troli pasaraya. Bukan itu je, ada banyak lagi angle-angle cantik yang pengarah berjaya rakamkan bagi mengekspresikan mood dan emosi setiap watak supaya jalan cerita tidak terlalu boring dan terlampau perlahan.

4. Skor muzik (5/5)

Sondia (손디아) – Adult (어른)

https://www.youtube.com/watch?v=7TkbJ3F52VY


5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (5/5)

Rating Keseluruhan Drama: 9.75/10


Komentar

comments

Admin Kmania.