/Netizen terkejut MV penyanyi BBNU As’ad Motawh serupa macam BTS

Netizen terkejut MV penyanyi BBNU As’ad Motawh serupa macam BTS

Kebelakangan ini, kumpulan penyanyi BBNU Malaysia semakin ke hadapan dalam merevolusikan industri muzik tempatan. Generasi terkini sentiasa mendahagakan selera muzik yang kena dengan citarasa mereka. Tak salah penyanyi-penyanyi ini mencuba sesuatu yang baru dan boleh diterima oleh penggemar muzik tempatan seperti yang cuba dilakukan oleh Asa’d Motawh dan Ismail Izani. Ismail Izani terlebih dahulu menggemparkan industri seni tanah air dengan tarian koreografi yang agak kena dengan rentak lagu yang dibawa menyebabkan peminat menyangka lagu ‘Luar Biasa’ betul-betul berinspirasikan kpop. Single ke-2 nya, ‘Bidadari’  juga tidak kurang lincah seperti ‘Luar Biasa’ yang baru dilancarkan kelmarin.

Apapun, fokus penulis adalah pada single terbaru nyanyian As’ad Motawh berjudul ‘Percaya’ yang telah mengingatkan peminat Kpop terutamanya dalam kalangan Army terhadap konsep video klip diterapkan oleh kumpulan kpop popular, BTS dalam ‘DNA’ , ‘Spring Days’ , ‘Fake Love’ dan ‘Idol’ sebelum ini. Antara yang menampakkannya serupa adalah penggunaan ‘kotak’ besar berwarna-warni, ‘stop-motion’ wang-wang kertas yang bertaburan jatuh dan lain-lain lagi. Umum diketahui bahawa Asa’ad merupakan peminat BTS, maka ianya dijadikan sumber inspirasinya untuk berkarya.

Netizen begitu kagum dengan cetusan idea yang menarik di sebalik penghasilan video klip tersebut. Rata-rata memuji keberanian As’ad Motawh untuk mencuba sesuatu yang baru, sekaligus memenuhi kehendak pasaran tempatan yang mahukan perubahan. Malah ianya selaras dengan lirik ‘Percaya’ yang menerapkan kepercayaan diri sendiri untuk menggapai impian di masa depan.

Antara komen netizen yang dipetik daripada Youtube.

Lagu ‘Percaya’ telah mencatat bilangan tontonan sebanyak lebih dari 300,000 orang dalam masa dua hari.

Komentar

comments

Admin Kmania.