/Buat julung-julung kalinya, BTS lancarkan single berbahasa Inggeris ‘Waste In On Me’

Buat julung-julung kalinya, BTS lancarkan single berbahasa Inggeris ‘Waste In On Me’

Bagi peminat BTS atau Army, pasti menanti lagu-lagu nyanyian kumpulan BTS yang digubah dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. Semalam, BTS telah menyampaikan khabar gembira tersebut.

Steve Aoki, DJ yang pernah berkolaborasi dengan BTS melalui single Mic Drop sebelum ini telah mengeluarkan single berbentuk ‘remix’ berjudul ‘Waste In On Me’ dengan dinyanyikan BTS sepenuhnya dalam bahasa Inggeris tanpa ada satu pun sebutan Hangul.

Lirik ‘Waste In On Me’ ditulis dengan bayangan perasaan seseorang yang mahu meluangkan masa dengan orang yang dia cintai sepenuh hati. BTS memperluahkan perasaan terbuku seseorang yang mahu menghabiskan masa demi orang lain tak kira apa saja halangan menanti menurut keratan lirik , “So if love is nothing more than just a waste of your time/Waste it on me.”

‘Waste it On Me’ dijangka lebih mudah untuk diputarkan di corong-corong radio tempatan Amerika Syarikat selain akan dipromosikan dalam bentuk jualan digital dan streamings , sesuatu yang mereka agak ketinggalan dalam menembusi pasaran sana menerusi single mereka, Idol, Fake Love, DNA dan Mic Drop sebelum ini.

Sumber: Lirik lagu Waste It On Me , Billboard

 

Komentar

comments

Admin Kmania.