/Lee Byung Hun dalam diam-diam bawa Lee Min Jung pergi berbulan madu

Lee Byung Hun dalam diam-diam bawa Lee Min Jung pergi berbulan madu

Di luar lokasi penggambaran, Lee Byung Hun bukanlah seorang begitu romantik seperti ditunjukkannya di dalam drama tvN Mr. Sunshine baru-baru ini. Beliau dikenali sebagai seorang mementingkan privasi hidup berumah tangga bersama satu-satunya isteri tercinta, pelakon Lee Min Jung tanpa perlu menghebahkan sisi romantiknya di hadapan netizen. Mereka juga dikenali sebagai pasangan selebriti Korea yang jarang menyiarkan gambar-gambar bersama di ruang media sosial kecuali untuk tujuan tertentu.

Lee Min Jung dalam laman instagram nya secara tak langsung mendedahkan bahawa mereka sebenarnya telah pergi berbulan madu di Eropah pada dua bulan lepas sewaktu drama tvN Mr. Sunshine lagi ditayangkan lagi. Dia yang menulis dalam kapsyen nya, turut melahirkan rasa sekejapnya masa berlalu dan keterujaannya menunggu musim sejuk. Hal ini turut dibuktikan dengan beberapa gambar Lee Min Jung di Eropah dimuatkan sebelum ini tanpa dijelaskan sebab dirinya ke sana.

Lee Byung Hun dan Lee Min Jung telah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2015 dan mereka dikurniakan anak lelaki yang comel dinamakan sebagai Lee Joon Hoo.  Kedua-dua mereka dilihat membawa Lee Joon Hoo bersiar-siar semasa penggambaran drama tvN Mr. Sunshine lalu.

Sumber: instagram Lee Min Jung , sport chosun

Komentar

comments

Admin Kmania.