/Jo Young Min Boyfriend sahkan membintangi filem Rainbow Playground

Jo Young Min Boyfriend sahkan membintangi filem Rainbow Playground

Jo Young Min daripada kumpulan Boyfriend yang memiliki mata bundar unik ini telah mengesahkan penampilan sulungnya untuk digandingkan bersama pelakon Oh ji Ho dalam filem “Rainbow Playground” buat pertama kali sebagai pelakon filem setelah mengesahkan penglibatannya dalam wawancara peribadi pada 21 May yang lalu.

Jo Young Min dan adik kembarnya, Jong Kwang Min.

Jo Young Min dilahirkan pada tahun 1995 dan mula memegang watak sampingan dalam drama pertamanya “Gogo Ikemen 2” pada tahun 2013 serta filem “Save Your Family” sekitar tahun 2015, ketika itu dia masih lagi remaja berusia belasan tahun. Kini, Jo youngmin akan memainkan peranan watak utama yang kedua dalam sebuah filem. “Rainbow Playground” (Gaejae) adalah sebuah filem yang menunjukkan kehangatan sesuatu peristiwa tentang apa yang terjadi di persekitaran yang menyebabkan Tae-sung (lakonan Oh ji ho) yang tiba-tiba muncul di hadapan taman permainan setelah kehilangan tempat tinggal. Mengikut laporan sedia ada, watak Jo young Min masih dirahsiakan peranannya.

Pengarah terbabit berhasrat untuk menyiarkan filem ini pada tahun hadapan seperti dijelaskan dalam keratan video di bawah. Tambahan pula, pelakon veteran Oh Kwang Rok yang membintangi filem “Beautiful days’ di festival ke-23 Pusan International Film dan juga pelakon Kang Hee yang memainkan peranan dalam filem “Knowing Wife” turut sama mengesahkan penampilan mereka.

https://entertain.v.daum.net/v/20181021103510817

Komentar

comments

loading...