/Winner tetap pemenang dihati peminatnya

Winner tetap pemenang dihati peminatnya

Pada 18 Oktober, pengarah jabatan persembahan langsung di YG Entertainment memohon maaf di atas penayangan klip video iKON semasa konsert Winner 2018 Everywhere Tour in Kuala Lumpur pada Ahad lepas.

Insiden berkenaan telah mencetuskan pelbagai kritikan dan serang balas dari peminat WINNER, yang menuntut penjelasan dan permohonan maaf daripada YG, kerana ini bukanlah kali pertama perkara sebegini terjadi.

Winner dilihat seringkali menjadi mangsa keadaan. Sebelum ini, iKON dan iKONIC yang seringkali di ‘highlight‘ oleh YG dalam beberapa acara biarpun ianya adalah acara yang berkaitan Winner. Pastinya peminat Winner iaitu Inner Circle yang sepatutnya diberikan kredit tetapi sebaliknya terjadi.

Pengarah Dan Chi Young dari YG menerusi permohonan maaf yang dimuat naik di laman web rasmi YG Entertainment berkata: “

“Kepada Inner Circle yang dikasihi,

“Sebagai pengarah di jabatan ‘live performance'(Persembahan secara langsung) dan bagi pihak YG Entertainment, saya ingin mengambil sedikit masa anda untuk memohon maaf dengan seikhlas hati atas kejadian yang telah belaku pada hujung minggu lalu ketika Winner 2018 Everywhere Tour In Kuala Lumpur.”

“Semasa konsert di Kuala Lumpur, salah seorang kakitangan operasi kami membuat kesilapan besar dengan memainkan VCR dan muzik yang salah. Ini tidak sepatutnya berlaku dan ianya tidak boleh diabaikan, jadi semua pihak di YG memandang serius perkara ini.

Operator berkenaan telah kami  tamatkan perkhidmatannya dari terus sertai siri jelajah ini dan kami akan pastikan kejadian seumpama nya tidak akan berlaku lagi.

“Terima kasih kepada peminat atas sokongan dan kasih sayang yang berterusan terhadap Winner. Kami terus bekerja keras untuk memastikan anda menikmati konsert yang berkualiti dan pastinya anda tidak akan dikecewakan lagi.”

Apapun, Winner juga berhak diberikan hak yang sama seperti yang lain. Mereka telah membuktikan bahawa mereka bukan biasa-biasa. Pelbagai kejayaan telah mereka kecapi bahkan mereka begitu komited dan bersemangat tinggi dalam menghasilkan yang terbaik buat peminat serta memastikan mereka kekal relevant dalam industri muzik. Kami berharap pihak YG lebih telus serta berhati-hati di masa depan. iKON dan Winner, sama-sama hebat jadi tidak perlu dibandingkan kerana keduanya  berada dikelas yang tersendiri.

Komentar

comments