/[Gempar] Seungri Big Bang & model Yoo Hye Hwon sedang dilamun cinta?

[Gempar] Seungri Big Bang & model Yoo Hye Hwon sedang dilamun cinta?

Menurut laporan media Taiwan, mereka mengikuti laman instagram yang dimiliki kedua-dua selebriti ini dan mendapati kedua-duanya berada di sesuatu lokasi yang sama pada masa yang sama. Gambar tersebut ialah kawasan pergunungan yang dikelilingi bukit-bukau dan berlatarbelakangkan air sungai yang mengalir.

Hipotesis ini cuba diperkuatkan dengan gambar Seungri dan seorang wanita tak dikenali ditangkap berdekatan dengan sebuah kereta oleh portal Korean Dispath kemudiannya. Dengan menggunakan teori ini, portal tersebut menyakinkan netizen bahawa Seungri Big Bang & Yoo Hye Hwon sedang dilamun cinta. Setakat ini, belum ada apa-apa kenyataan dikeluarkan daripada kedua-dua agensi yang mewakili mereka.

Seung Ri merupakan ahli kumpulan hiphop kpop Bigbang yang popular dan disenangi ramai kerana sikapnya yang mesra dengan peminat manakala Yoo Hye Hwon ialah model iklan yang baru berjinak-jinak dengan industri hiburan yang adakalanya menghiasi pusat beli-belah di sana.

Sumber: Dispatch, donga

Komentar

comments

Admin Kmania.