/Apakah drama “Prometheus” bakal alami nasib yang sama seperti “Four Men”

Apakah drama “Prometheus” bakal alami nasib yang sama seperti “Four Men”

MBC mengumumkan bahawa mereka tidak merancang untuk menayangkan drama “Prometheus” di stesen penyiaran tersebut.

Pada 16 Oktober lalu, wakil dari MBC memberitahu, “Keputusan untuk menayangkan drama “Prometheus” tidak pernah dimuktamadkan. Kami telah mengadakan perbincangan yang berterusan berkaitan perkara tersebut dan memutuskan untuk tidak menyiarkan drama “Prometheus” di MBC. Keputusan ini bagaimanapun telah dicapai sebelum pemergian Ha Ji Won lagi.”

“Prometheus” yang dibintangi oleh Ha Ji Won, Jin Goo dan Park Ki Woong dijangka akan ditayangkan pada separuh tahun pertama 2019. Drama ini mengisahkan bekas pegawai Korea Utara yang terlibat dengan satu insiden di Rusia. Dia mendapati dirinya adalah seorang buruh di Korea Selatan dan kemudian bertemu dengan seorang pegawai perisikan yang yang ingin menjalankan misinya untuk memusnahkan program nuklear Korea Utara.

Walau bagaimanapun, pada  10 Oktober lalu, Ha Ji Won telah meninggalkan produksi drama tersebut. Menurut agensi Ha Ji Won, mereka akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara terbabit kelak.

Apakah drama “Prometheus” ini akan mengalami nasib yang sama seperti  “Four Men” kerana drama tersebut masih lagi belum menemui stesen penyiaran yang akan menayangkannya. Tambahan, pelakon wanita utamanya juga, Nana turut meninggalkan produksi drama tersebut namun mereka telah menemui penggantinya.

Sumber : Naver| newsen

Komentar

comments