/“Terima kasih kerana buat saya kelihatan muda ” – Lee Byung Hun dalam 6th APAN Stars Awards

“Terima kasih kerana buat saya kelihatan muda ” – Lee Byung Hun dalam 6th APAN Stars Awards

Anugerah drama korea terbilang selepas Baeksang Art Awards sudah pun melabuhkan tirainya semalam. Kita dikejutkan dengan kemenangan ‘daesang’ bersejarah oleh Lee Byung Hun  menerusi watak lakonannya yang penuh syahdu di dalam drama tvN Mr. Sunshine. Beribu-ribu tahniah diucapkan kepada beliau yang turut disaingi ketat oleh pelakon Kim Nam Joo (“jtbc Misty”) , Cho Seung Woo (“jtbc Life”) , Lee Sung Kyun (“tvN My Mister”) dan Son Ye Jin (“jtbc Something In The Rain”) dalam kategori yang sama.

Dengan kemenangan ini, beliau telah membuktikan bahawa beliau bukan saja hebat di dalam layar perak, malah masih utuh di dalam industri drama korea walaupun telah lama menyepi sejak drama KBS Iris yang dbintanginya pada tahun 2009.  Sewaktu saja menerima anugerah ini di pentas, Lee Byung Hun berkata , ” Saya tak berfikir apa-apa dan tak pernah kesal dengan cerita digarap demikian. Mr. Sunshine ialah satu drama di mana semua krew bekerja dengan bersungguh-sungguh termasuk kumpulan B dan C.  Saya mahu berterima kasih kepada semua orang, daripada krew pencahayaan sehinggalah mereka yang menjadikan saya kelihatan seperti orang muda.”

Lee Byung Hun turut menamakan lima individu termasuk dirinya – Kim Min Jung , Byun Yo Han, Kim Tae Ri dan Yoo Yeon Suk  yang perlu banyak belajar, seterusnya menyebabkan beliau berasa lebih ‘terancam’ sebagai orang yang sudah berpengalaman.  Buat sesiapa yang mengikuti Lee Byung Hun selama ini,  pasti tak pernah lupa bahawa beliau pernah mencipta sejarah tersendiri di tanah airnya apabila menyapu bersih kesemua  anugerah Best Actor di tiga anugerah berprestij di Korea Selatan dengan watak lakonan daripada filem yang sama pada tahun 2015 , satu pencapaian yang menjadi penanda aras tinggi buat aktor -aktor muda untuk berkarya dengan lebih baik.


Selain Lee Byung Hun, turut sama menerima anugerah Best Actor dan Best Actress  ialah Park Seo Joon dan penyanyi muda bergelar pelakon, IU dengan lakonan yang boleh dipuji, masing-masing melalui drama tvN What’s Wrong With The Secretary Kim dan tvN My Mister. IU pernah dikecam  atas lakonan tak memuaskan di dalam drama-drama lakonannya sebelum ini. Bagaimanapun, Park Seo Joon tak dapat hadiri majlis berkenaan dan menghantar pesanan menerusi kiriman video.

Untuk kategori Best Actor  dan Best Actress Mini Series, masing-masing dimenangi oleh Jung Hae In dan Go Ah Sung menerusi drama jtbc Something In The Rain dan OCN Life on The Mars. Jung Hae In turut membawa pulang anugerah hallyu Popular Actor.

Dan semestinya, penulis skrip Lee Seo Yeon menerusi naskah jtbc Life telah merangkul Best Scriptwriter kali ini. Beliau pernah merangkul anugerah Best Screenplay 6th CARI Kdrama Awards dan 2018 Baeksang Art Awards  melalui drama tvN Stranger.

Berikut ialah senarai pemenang anugerah 6th APAN Stars Awards:

Grand Prize (Daesang)

Lee Byung-hun – Mr. Sunshine

  • Kim Nam-joo – Misty
  • Son Ye-jin – Something in the Rain
  • Lee Sun-kyun – My Mister
  • Cho Seung-woo – Life

Top Excellence Award, Actor in a Miniseries

Park Seo-joon – What’s Wrong with Secretary Kim

  • Lee Dong-wook – Life
  • Lee Jong-suk – While You Were Sleeping
  • Jung Kyung-ho – Life on Mars
  • Jo Jung-suk – Two Cops

Top Excellence Award, Actress in a Miniseries

Lee Ji-eun / IU – My Mister

  • Kim Sun-a – Should We Kiss First?
  • Lee Bo-young – Mother
  • Jung Ryeo-won – Witch at Court
  • Jung Yu-mi – Live

Top Excellence Award, Actor in a Serial Drama

Lee Sang-woo – Marry Me Now

  • Park Si-hoo – My Golden Life
  • Lee Sung-jae – Goodbye to Goodbye
  • Jang Hyuk – Money Flower
  • Jung Woong-in – Goodbye to Goodbye

Top Excellence Award, Actress in a Serial Drama

Shin Hye-sun – My Golden Life

  • Do Ji-won – Bravo My Life
  • Lee Yoo-ri – Hide and Seek
  • Chae Shi-ra – Goodbye to Goodbye
  • Han Ji-hye – Marry Me Now

Excellence Award, Actor in a Miniseries

Jung Hae-in – Something in the Rain

  • Yoo Yeon-seok – Mr. Sunshine
  • Yoon Shi-yoon – Grand Prince
  • Park Hae-soo – Prison Playbook
  • Park Hyung-sik – Suits

Excellence Award, Actress in a Miniseries

Go Ah-sung – Life on Mars

  • Go Ara – Ms. Hammurabi
  • Park Min-young – What’s Wrong with Secretary Kim
  • Bae Suzy – While You Were Sleeping
  • Jang Na-ra – Confession Couple

Excellence Award, Actor in a Serial Drama

Jang Seung-jo – Money Flower

  • Kim Kang-woo – My Contracted Husband, Mr. Oh
  • Kim Ji-hoon – The Rich Son
  • Song Chang-eui – The Secret of My Love
  • Jo Hyun-jae – Let Me Introduce Her

Excellence Award, Actress in a Serial Drama

Jo Bo-ah – Goodbye to Goodbye

  • Nam Sang-mi – Let Me Introduce Her
  • Park Se-young – Money Flower
  • Wang Bit-na – Mysterious Personal Shopper
  • Uee – My Contracted Husband, Mr. Oh

Best Supporting Actor

Park Ho-san – My Mister
Yoo Jae-myung – Life

  • Bae Seong-woo – Live
  • Choi Gwi-hwa – Suits
  • Heo Joon-ho – Come and Hug Me

Best Supporting Actress

Kim Min-jung – Mr. Sunshine
Jang So-yeon – Something in the Rain

  • Ko Sung-hee – Mother
  • Ra Mi-ran – The Miracle We Met
  • Seo Jeong-yeon – Come and Hug Me

Best New Actor

Yang Se-jong – Temperature of Love
Jang Ki-yong – My Mister

  • Kim Myung-soo – Ms. Hammurabi
  • Kim Min-jae – Tempted
  • Woo Do-hwan – Mad Dog

Best New Actress

Kim Tae-ri – Mr. Sunshine
Won Jin-ah – Rain or Shine

  • Lee Sun-bin – Sketch
  • Lee Yoo-young – Your Honor
  • Jin Ki-joo – Misty

K-Star Award, Actor

Jung Hae-in – Something in the Rain

  • Park Seo-joon – What’s Wrong with Secretary Kim
  • Yang Se-jong – Temperature of Love
  • Lee Dong-wook – Life
  • Lee Byung-hun – Mr. Sunshine
  • Lee Jong-suk – While You Were Sleeping

K-Star Award, Actress

Park Min-young – What’s Wrong with Secretary Kim

  • Kim Min-jung – Mr. Sunshine
  • Kim Tae-ri – Mr. Sunshine
  • Bae Suzy – While You Were Sleeping
  • Son Ye-jin – Something in the Rain
  • Lee Ji-eun / IU – My Mister

Best Screenwriter

Lee Soo-yeon – Life

Global Star Award

Park Hae-jin

Sumber: OSEN

Komentar

comments

Admin Kmania.