/Hanya kerana berkebaya, selebriti Kpop ini dikecam netizen seberang Malaysia

Hanya kerana berkebaya, selebriti Kpop ini dikecam netizen seberang Malaysia

Susah untuk kelihatan  sempurna di hadapan seluruh peminat tapi ianya tak ternyata berlaku pada selebriti kpop bernama Deejay Soda ini apabila hari ini beliau dikecam oleh sebilangan ‘nationalis’ dari negara seberang yang  menuntut secara terang-terang bahawa kebaya, malah bangunan KLCC  perlu diletak asalnya dari Indonesia.

 

Komen daripada sebilangan ‘nationalis’ tak berasas itu dibalas secara keras oleh peminat DJ. Soda di Malaysia yang berhujah tentang keserumpunan budaya Malaysia dan Indonesia   kerana sejarah pertembungan ketemadunan yang serupa dan penghijrahan masyarakatnya pada masa lalu. Malah, sesetengah peminat siam DJ Soda mendakwa pakaian kebaya juga turut digunakan oleh komuniti Islam di selatan Thailand.  Maka, tidak timbul isu tuntutan tuntutan itu yang tak sepatutnya berlaku.

Netizen Korea juga turut mencelah mengatakan bangunan KLCC tak seharusnya dituntut kerana rekaan bentuk dan syarikat terlibat dalam pembinaannya tiada kena-mengena dengan Indonesia. Malah, tuntutan itu tak berasas hanya kerana mereka menganggap buruh-buruh mereka pernah bekerja di situ.


DJ. Soda mengunjungi Kuala Lumpur, Malaysia  selama tiga hari dua malam sempena menghabiskan cutinya setelah penat mengadakan jelajah di beberapa tempat di seluruh dunia. Antara lokasi menjadi pilihannya ialah kuil besar di Batu Caves, Selangor. Beliau turut mengucapkan terima kasih pada polis Malaysia yang menjaga ketenteraman sepanjang beliau berada di Malaysia.

Sumber: instagram DJ Soda

 

Komentar

comments

Admin Kmania.