“Tak kisah dicop pembunuh bersiri ” – Ju Ji Hoon

Sebut saja Ju Ji Hoon, pasti ramai akan teringat lakonannya sebagai pembantu dewa, Hae Won Maek kepada Gam Rim yang dilakonkan oleh Ha Jung Woo di dalam filem bersiri, Along With The Gods. Penerimaannya bukan terhenti di situ saja malah beliau semakin laku dan mendapat permintaan tinggi dalam kalangan penonton wayang di sana.

Filem terbarunya yang baru saja menjengah layar perak berjudul Dark Figure of Crime telah berjaya memungut kutipan box office yang agak tinggi mengatasi pesaing terdekat filem Hollywood “Venum”, sekaligus meletakkannya hampir setara dengan filem Along With The Gods: The Last 49 Days yang turut dilakonkannya pada awal bulan 9 lepas. Dark Figure of Crime menceritakan kisah seorang banduan yang meringkuk dalam penjara akibat pembunuhan yang dilakukannya. Banduan tersebut, Tae O yakni dilakonkan oleh Ju Ji Joon mengaku pada detektif polis bertanggungjawab atas kes tersebut bahawa dia telah membunuh lebih daripada 7 orang. Tae O memaksa Hyun Min (Kim Yeon Suk) membuka balik kes jenayah yang lalu walaupun langsung tak tahu siapa mangsanya dengan hanya bersandarkan klu diberikan Tae O.

Dalm temuduganya bersama wartawan mydaily, Ju Ji Hoon berkata , “Jika tiada sesiapa berani buat, maka tak perlu rasa rugi “, merujuk pada watak yang dipegangnya sebagai Tae O walaupun tak kisah dirinya dicop pembunuh bersiri. Menganggapnya hanya sekadar lakonan, tetapi ia tetap memberi kesan terhadap perasaannya sebagai manusia.

“Saya rasa meluat dan tertanya-tanya bagaimana jenayah sebegitu boleh dilakukan oleh mereka yang bergelar manusia. Jenayah bunuh tak selalu berlaku, tapi sesiapa pun mungkin tak terlepas.”

Sambil memuji pengarah Kim Tae Gyun yang memberikannya ruang untuk memperbaiki lakonan dengan baik dan mantap, Ju Ji Hoon berterima kasih atas gabungan penulisan skrip dan arahan yang mantap berjaya mewujudkan senario di mana masa dan sudut dipergunakan sebaik-baiknya dan kena dengan apa yang mahu dipersembahkan dalam filem.

Salah satu adegan di mana Tae O mencari mangsanya.

“Saya  hanya perlu ambil masa berlatih dialog dan membaca skrip selama berbulan-bulan , ” seloroh Ju Ji Joon lagi.

Filem Dark Figure of Crime belum mendapat slot tayangan di pawagam Malaysia tapi bagi yang selalu mengikuti drama korea, Ju Ji Hoon akan tampil semula sebagai pendakwaraya berkuasa psikik di dalam drama MBC Item dan juga putera raja di dalam Netflix Kingdom .

Sumber: my daily

 

Komentar

comments

You may also like...