/V Taehyung BTS rampas takhta “Kmania Top Star” milik Park Seo Joon untuk bulan Sept 2018

V Taehyung BTS rampas takhta “Kmania Top Star” milik Park Seo Joon untuk bulan Sept 2018

Sukar untuk dibayangkan siapakah bakal memegang takhta terunggul dinamakan sebagai ‘Kmania Top Star’ bagi bulan September 2018 ini, tetapi ternyata ia akhirnya menjadi milik V Taehyung dari kumpulan kpop popular, BTS (Bangtan Boys) selepas merampasnya dari tangan Park Seo Joon.

V Taehyung memperolehi undian sangat tinggi iaitu sebanyak 108 undi, sekaligus memecah tembok dominasi yang biasanya dimenangi para pelakon dengan menjadikannya artis Kpop pertama menjuarai ‘Kmania Top Star’. Pengaruh BTS sudah lama diketahui menular di seluruh pelusuk dunia dan BTS masih aktif melakukan jelajah konsert di bumi Amerika. Tambahan lagi, berikutan keobsesan segelintir peminatnya terhadap paras rupa dimiliki oleh selebriti tersebut telah melonjakkan lagi keazaman mereka untuk memastikan Taehyung menang.

Tanpa disangka-sangka, tempat ke-2 diduduki oleh Irene dari kumpulan Red Velvet dengan undian sebanyak 77 hasil penglibatannya di dalam sukan memanah idol sempena cuti Chuseok beberapa hari lepas. Dalam pertandingan berkenaan, beliau berjaya mengenakan anak panah tepat pada sasaran utama sekaligus meraih markah sempurna sebanyak 10.  Lagu dendangan Red Velvet berjudul ‘Power Up’ juga menjuarai carta muzik beberapa minggu lepas.  Dengan kedudukan no.2 ini, ia membuktikan Irene selaku selebriti kpop feminis paling popular kerana kelincahannya di dalam aktiviti-aktiviti selain agak terbuka dalam membicarakan tentang isu-isu melibatkan kaum hawa.

Tae Hyung BTS telah dinobatkan ‘Kmania Top Star’ bulan Sept 2018 dengan mengenepikan pencabar terdekat Irene Red Velvet dan Song Ji Hyo.  

Seterusnya, peminat Runningman seharusnya berbangga apabila Song Ji Hyo, pelakon yang terkenal dengan aktiviti lasak ini menduduki di tangga ke-3. Popularitinya mencanak naik setelah membintangi drama KBS Lovely Horribly bersama Park Shi Hoo yang menceritakan tentang perihal misteri yang berlaku disebalik skrip cerita dinukilkan oleh mereka. Mingyu dari kumpulan Seventeen berjaya menempatkan dirinya di tangga ke-4 dengan sokongan peminat Carats -nya setelah membuat persembahan yang penuh mengasyikkan di Mines International Convention Centre, Serdang, Selangor pada 24 September lalu.

Yoon Doo Joon pula jatuh ke tempat no.5 dari kedudukan no.2 pada bulan lepas, meletakkannya di hadapan pelakon Park Seo Joon walaupun telah diketahui beliau telah lama menyertai latihan khidmat tentera dan meninggalkan set penggambaran drama tvN Let’s Eat 3 sejak akhir bulan Ogos lagi. Hal ini membuktikan sokongan terhadap beliau masih kuat dalam kalangan peminat HighLight (dahulunya dikenali sebagai Beast). Manakala pelakon idol yang berwajah manis kerana seringkali tersenyum, Cha Eun Woo dari kumpulan Astro berjaya debut di tangga no.6 hasil populariti dikecapnya menerusi drama jtbc My ID is Gangnam Beauty yang dibintangi bersama Im Soo Hyang. Kmania menjelaskan beberapa sebab kenapa Cha Eun Woo disenangi oleh para peminat drama korea di dalam artikel ini.

Tempat ke-7 dan ke-8 masing-masing dimenangi oleh Park Seo Joon (bekas juara Kmania Top Star bulan Ogos 2018) dan Jung Hae In. Peminat masih belum mahu melepaskan Park Seo Joon lagi meskipun penangan akibat kegilaan terhadap drama tvN What’s Wrong With Secretary Kim sudah pun dua bulan berlalu manakala Jung Hae In membuat kejutan apabila memasuki carta Kmania sekali lagi setelah begitu aktif menjadi model iklan beberapa jenama popular di Korea Selatan, dan mungkin juga di Malaysia.

Akhir sekali, kedudukan no. 9 dan no.10 masing-masing diraih oleh Kim Tae Ri dan Do Kyung Soo dari kumpulan EXO. Populariti Kim Tae Ri masih lagi hebat memandangkan drama tvN Mr. Sunshine baru saja berakhir semalam, disebut-sebut antara aktres yang akan membolot pencalonan top 5 Best Actress CARI Kdrama Awards tak lama lagi. Manakala idol bergelar pelakon, Do Kyung Soo pula mekar menerusi drama sageuk tvN 100 Days My Prince yang sedang hangat ditayangkan dan menampilkan beliau sebagai putera mahkota terpaksa dinikahkan untuk berlindung daripada pergelutan kuasa di istana.

NO.

Top 10 Stars

Name

1 V Taehyung (BTS)
2 Irene (Red Velvet)
3 Song Ji Hyo
4 Mingyu (Seventeen)
5 Yoon Doo Joon (Highlight)
6 Cha Eun Woo (Astro)
7 Park Seo Joon
8 Jung Hae In
9 Kim Tae Ri
10 Do Kyung Soo (EXO)

Klik sini ->

Komentar

comments

loading...

Admin Kmania.