[Ulasan Kdrama] tvN Live : ★★★★☆


Live

oleh xyla73
 Rating Keseluruhan Drama:   9.0/10

 1. Cerita  (9/10)

Drama nukilan Noh Hee Kyung ini adalah drama wajib tonton kepada penggemar genre ‘slice of life’. Berlatarbelakangkan kehidupan seharian polis di barisan hadapan, penonton dibawa untuk menyelami jerih perih mereka yg bergelar anggota polis. Berbeza dengan drama jenayah yg lain, drama ini lebih bersifat ‘character driven’ iaitu watak2 yg menggerakkan jln cerita berbanding plot. Semua watak dikupas dengan baik termasuk watak2 pembantu sehingga kita akhirnya suka kepada semua watak2 tersebut. 

 

 

Drama ini mempunyai kekuatan tersendiri walaupun tanpa dibarisi oleh hero2 tampan ataupun idol sebagai daya penarik. Highlight kepada drama ini adalah hubungan antara 3 anggota polis rookie dgn mentor masing2. Sebuah drama yg baik yang mampu menyuntik pelbagai rasa di hati penonton. Penonton akan sama2 merasa semangat berpasukan mereka setiap kali mereka menyelesaikan sesuatu kes. Juga terdapat momen2 yg menyentuh perasaan terutamanya yg melibatkan keluarga. Setiap babak sgt realistik dan dekat di hati penonton. 

 Drama ini juga sedikit sebanyak mengubah persepsi penonton kepada anggota polis yg digambarkan sbg korup dlm sesetengah drama. Secara tak langsung penulis menjadikan drama ini sebagai medium untuk memberi kesedaran kepada masyarakat contohnya apa yg perlu dilakukan oleh mangsa serangan seksual.

2. Keberkesanan Lakonan (10/10)

 

1. Lee Kwang Soo 

 Walaupun tiada pencalonan best actor, saya ingin menyentuh mengenai Lee Kwang Soo. Ini merupakan pertama kali Lee Kwang Soo menjadi teraju utama sebuah drama dan pertama kali juga saya respect dia sebagai pelakon. Membawa watak Yeom Sang Soo, seorang rookie yang berada dibawah bimbingan mentornya Oh Yang Choon yang bersifat panas baran. Mampu memberi emosi yang dikehendaki mengikut situasi contohnya marah, sedih, cemburu dan sebagainya. Cuma utk babak romantis, masih perlu diperbaiki. Beliau mampu bergerak lebih jauh jika diberi lebih peluang.

 

  2. Jung Yoo Mi
Seperti juga Lee Kwang Soo, saya ingin menyentuh mengenai Jung Yu Mi yang membawa watak polis rookie wanita yg menghadapi dilema untuk terus menjalankan tugasnya sebagai anggota polis atau meneruskan pengajiannya di luar negara. Saya tidak meletakkan beliau sebagai calon best actress sebab walaupun agak meyakinkan sebagai Jeong Oh tetapi tidak cukup kuat.

 

 


3.  Bae Sung Woo [Best Supporting Actor]
Beliau melakonkan watak Oh Yang Choon, seorang pegawai senior yg juga merupakan mentor kpd Yeom Sang Soo. Di samping panas baran, Oh Yang Choon juga seorang yg kuat bekerja yg menjadi penyebab kepada krisis rumahtangga bersama isterinya. Secara jujurnya saya rasa beliau layak dicalonkan utk best actor kerana inilah watak yg paling mencabar dalam drama ini. Beliau berjaya menghidupkan watak yg pada awalnya sukar utk mengawal emosi tapi lama kelamaan menjadi watak favorite penonton sehinggakan ada yg mengalirkan air mata apabila satu musibah menimpa wataknya di penghujung episod drama ini.

 


4.  Bae Jong Ok [Best Supporting Actress] 

 Beliau melakonkan watak Oh Yang Choon, seorang pegawai senior yg juga merupakan mentor kpd Yeom Sang Soo. Di samping panas baran, Oh Yang Choon juga seorang yg kuat bekerja yg menjadi penyebab kepada krisis rumahtangga bersama isterinya. Secara jujurnya saya rasa beliau layak dicalonkan utk best actor kerana inilah watak yg paling mencabar dalam drama ini. Beliau berjaya menghidupkan watak yg pada awalnya sukar utk mengawal emosi tapi lama kelamaan menjadi watak favorite penonton sehinggakan ada yg mengalirkan air mata apabila satu musibah menimpa wataknya di penghujung episod drama ini.

 

3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi)   (8/10)

 


Memandangkan drama ini ditayangkan di Netflix, kualiti gambar memang cantik.

Ada beberapa babak di mana sinematografi agak cantik terutamanya babak outdoor semasa mereka menghadiri team building.

4. Skor muzik (4/5)


1. Because You (Davichi) 

2. After a day (Han Dong Guen) 

3. Why why why (Punch)


5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4/5)

Rating Keseluruhan Drama:   9.0/10

Anda boleh melayari drama tvN Live ini menerusi langganan terus Netflix.

Komentar

comments

You may also like...