OCN sahkan sekuel ke-3 drama Voice untuk tayangan tahun depan

Biarpun Voice 2 masih lagi sedang ditayangkan, nampaknya OCN sedang menyusun strategi untuk tayangan sekuel yang ke-3.

Sumber dari OCN berkata pada 10 September bahawa mereka ingin menayangkan Voice 3 untuk tayangan separuh tahun pertama 2019 kerana ianya berhubung-kait dengan musim yang kedua yang kini sedang ditayangkan.

Menurut wakil krew produksi, musim ke-2 dan ke-3 telah dirancang dari awal. Voice 2 akan tamat pada hujung bulan ini. Jadi pihak produksi masih lagi berbincang berkenaan para pelakon dan tarikh penayangan Voice 3 yang diharapkan dapat segera tayang pada awal 2019.

Walaupun beberapa sumber menyatakan pelakon utama musim ke-2 Lee Ha Na dan Lee Jin Wook akan kekal untuk musim ke-3, pihak OCN menyatakan ia masih dalam peringkat perbincangan.

Sementara itu, episod terbaru “Voice 2,” yang disiarkan pada 9 September, telah melepasi rekod pencapaian jumlah tontonan pada musim pertama (5.7 peratus)  dengan 6 peratus. “Voice 2” disiarkan pada setiap Sabtu dan Ahad jam 10.20 malam di OCN. Drama ini mengisahkan tentang kehidupan dipusat panggilan kecemasan 112 dan bagaimana mereka memerangi jenayah menggunakan bunyi yang mereka dengar.

Sumber : edaily

Komentar

comments

You may also like...