/Shinee bangkit semula pertama kali sejak ketiadaan Jonghyun

Shinee bangkit semula pertama kali sejak ketiadaan Jonghyun

10 September, tarikh keramat dipilih oleh kumpulan idol popular, Shinee untuk pelancaran album gabungan ketiga-tiga unit album dikeluarkan secara berselang-seli pada bulan Mei lepas. Langkah terbaru ini diambil oleh pihak pengurusan hiburan SM sebagai inisiatif bagi memajukan Shinee dengan baki empat orang ahli sedia ada sejak fasa merundumnya pada tahun 2017.

Tahun 2017 merupakan tahun agak suram buat Shinee apabila Jonghyun telah didapati meninggal dunia akibat kemurungan manakala Onew pula berhadapan dengan kes serangan seksual yang akhirnya telah digugurkan oleh mangsa. Walaubagaimanapun, mereka cuba bangkit semula daripada kejatuhan, dan kali ini album ke-6 mereka, The Story of Light menjadi penentu kejayaan mereka di masa akan datang. Tampak, ia agak berhasil apabila edisi pertama, kedua dan ketiga masing-masing berjaya meraih jualan tertinggi dalam seminggu (no.1, no.1 & no.2) berdasarkan kedudukan di dalam carta muzik album Gaon.

Sebagai meraikan keluaran album gabungan diberi judul sebagai “The Story of Light-Epilogue” , Shinee melancarkan single ‘Countless’ pada jam 6 petang tadi. Pelancaran ini turut sama meraikan 10 tahun penubuhan kumpulan ini.

‘Countless’ merupakan lagu berentak R&B yang dinyanyikan Key, Onew, Minho dan Taemin secara berkala dan harmoni. Jom saksikan video di bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=6lE0AJzOb-I

 

 

Komentar

comments

Admin Kmania.