/“Saya terpaksa tabah” – Fan Cheng Cheng 9% berkata tentang kakaknya, Fan Bin Bing

“Saya terpaksa tabah” – Fan Cheng Cheng 9% berkata tentang kakaknya, Fan Bin Bing

Fan Cheng Cheng, yakni adik kepada pelakon Fan Bin Bing yang dikatakan sedang meringkuk dalam penjara kerana berhadapan kes elak bayar cukai, kelihatan sugul dan menangis apabila ditanyakan tentang keadaan kakaknya.

Fan Cheng Cheng merupakan ahli kumpulan Nine Percent, kumpulan idol China terbaru yang ditubuhkan menerusi program realiti tv, Idol Producer. Turut dianggotai rakyat Malaysia bernama You Zhanjing, konsep pembentukan Nine Percent mirip dengan kumpulan idol kpop ternama , Wanna One terhasil daripada 9 orang ahli diundi pada peringkat akhir survival program realiti tv.

Menariknya, disebabkan Fan Cheng Cheng terlalu muda berbanding kakanya, yakni 19 tahun beza usia mereka, timbul desas-desus bahawa dia merupakan ‘anak luar nikah’ Fan Bin Bing sewaktu beliau  menongkah populariti menerusi drama bersiri ‘My Fair Princess’ dahulu. Namun, desas-desus ini dinafikan sekeras-kerasnya oleh Fan Bin Bing yang mengatakan keluarganya mengambil keputusan untuk menambah ahli keluarga walaupun terpaksa dikenakan denda melanggar polisi kerajaan pada masa itu, “Satu Anak, Satu Keluarga”.

Dalam sesi pertemuan dengan peminatnya di Nanjing, Fan Cheng Cheng mengakui berita desas-desus penangkapan kakaknya memberi kesan pada dirinya.

“Saya terpaksa jadi tabah. Saya tahu kalau saya jadi baik pun, orang tetap akan salahkan kami kerana skandal ini,” kata Fan Cheng Cheng.

“Tujuan saya hari ini untuk jumpa peminat setelah sekian lama. Saya tak de hak cerita tentang kakak sebenarnya. Tapi sejak skandal ini berlaku, saya akan melindungi keluarga kami (termasuk kakak) walau apa sekalipun ,” tambahnya lagi.

Sumber: dwnews

 

Komentar

comments

Admin Kmania.