5 sebab ‘Alamatnya Cinta’ buat korang teringat pada “Full House”

Selepas fenomena drama adaptasi ‘My Coffee Prince’ dan ‘Monalisa’, pihak Astro sekali lagi membawakan sebuah drama adaptasi Korea khas untuk tontotan semua. Kali ini drama popular Korea “Full House” di bawakan dalam versi Malaysia. “Full House” lakonan asal Rain, Song Hye Kyo,  Han Eun-jung dan Kim Sung-soo adalah sebuah drama bertemakan romantik komedi dan pernah menjadi kegilaan ramai sehingga kini biarpun lebih sedekat lalu ianya ditayangkan. Drama ini juga memberikan suntikan baru untuk industri hiburan Kore kerana drama-drama sebelumnya lebih berunsurkan kesedihan dan  kesuraman. Jadi tidak hairanlah drama ini telah memenangi pelbagai anugerah seperti di KBS Award 2004.

Melihatkan gelombang fenomena terhadap ‘K-wave’ yang sentiasa mempunyai permintaan dan peminatnya, Global Station Sdn. Bhd telah menerbit “Full House” versi Malaysia atau ‘Alamatnya Cinta’ untuk slot tayangan Megadrama di Astro Ria. Kami pasti drama ini dinanti-nantikan oleh penonton terutama peminat drama “Full House”.

Drama 24 episode ini membariskan pelakon-pelakon popular dan ia dilihat sebuah gandingan antara yang baru dan juga lama. Teraju utama drama ini Hisyam Hamid dan Hanna Delisha membawakan gandingan yang segar biarpun Hanna Delisha ditakrifkan sebagai pelakon baru yang kini meningkat naik. Jadi, penonton tidak terikat dengan pelakon yang sama sahaja. Biarlah sesekali penonton disajikan dengan sesuatu yang berbeza.

Apa yang menarik, drama ini diarahkan oleh tiga orang pengarah berbeza serta berbakat iaitu Bernard Chauly, Feroz Kader dan Farid Ramlee. Pasti ramai juga ingin melihat keistimewaan yang bakal ditunjukkan dari segi seni pengarahan tiga pengarah hebat ini. Walaupun diadaptasi dari negara luar, plot penceritaan drama ‘Alamatnya Cinta’ telah diolah semula mengikut kesesuaian jalan cerita dan adam resam masyarakat tempatan agar tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Namun jalan cerita naskah asal masih dikekalkan. Pujian harus diberikan kepada penulis skrip ‘Alamatnya Cinta’ iaitu Adzim Shahabudin dan Ayuni Zamani yang masih lagi mengekalkan suasana Malaysia dalam drama ini.

Drama Alamatnya Cinta telahpun mula bersiaran pada 20 Ogos lepas sehingga  27 September ini pada setiap hari Isnin – Khamis jam 10 malam di Astro Ria (104) & Ria HD (123). Antara pelakon yang membintangi drama ini adalah;

PELAKON UTAMA

HANNAH DELISHA sebagai Ellie Hamzah

HISYAM HAMID sebagai Faliq Assad

PENAMPILAN KHAS

YUSRY ABDUL HALIM sebagai Damon Degawan

PELAKON PEMBANTU

CIK MANGGIS sebagai Emma HarithFAHAD IMAN sebagai Omar Qalish

JAD HIDHIR sebagai Jay Zafran

ALICIA AMIN sebagai Jasmine Aziz

JASMINE SURAYA sebagai Natalia

LOUISA CHONG sebagai Melur

DIAN P RAMLEE sebagai Melati

DATO’ SERI SHAH REEZA sebagai Tuan Herman

AZHAR SULAIMAN sebagai Hamzah

Sinopsis ‘Alamatnya Cinta’

Walau bagaimanapun, berlaku salah faham mengenai hubungan mereka kerana ramai yang membuat andaian bahawa mereka berdua menjalinkan hubungan skandal. Namun begitu, hubungan Ellie dan Faliq sebenarnya lebih kepada ‘anjing dan kucing’ kerana mereka sering berselisih faham dan bergaduh walaupun mengenai isu yang remeh-temeh. Bukanlah hubungan sulit seperti yang disangka oleh peminat.Drama bersiri ‘Alamatnya Cinta’ mengisahkan tentang Ellie (lakonan Hannah Delisha) yang telah mewarisi sebuah rumah pusaka peninggalan arwah bapanya. Namun, Ellie kemudiannya mengetahui bahawa rumah tersebut telah dijual kepada seorang selebriti popular yang digilai peminat, Faliq Assad (lakonan Hisyam Hamid).

Bagi menamatkan spekulasi tersebut sekaligus mendapatkan semula hak beliau ke atas rumah peninggalan tersebut, Ellie ‘terpaksa berkahwin’ secara kontrak dan bekerja dengan Faliq sebagai ‘pembantu rumah’.

Apakah yang akan berlaku? Adakah Ellie berjaya mendapatkan semula rumah pusaka peninggalan arwah bapanya? Adakah perkahwinan kontrak mereka kekal atau sebaliknya? Sama-sama kita ketahui pengakhirannya kelak.

Apa yang korang kena tahu tentang ‘Alamatnya Cinta’

1.Cerita yang dipersembahkan begitu dekat dengan kita semua

Cinta bertepuk sebelah tangan, persahabatan, cinta segi tiga dan cinta pada pandangan pertama adalah rangkaian kisah drama ini. Drama ini juga berjaya menghadirkan berbagai konflik yang sering dirasakan setiap orang terutamanya konflik orang ketiga. Itulah yang akan membuat jalan ceritanya sangat dekat di kehidupan penontonnya.

2. Gandingan Hisyam Hamid & Hanna Delisha

Jikalau karya asal menggandingkan Rain & Song Hye Kyo, drama adaptasi pula menggandingkan Hisyam Hamid & Hanna Delisha.  Hisyam Hamid yang punya personaliti yang ‘manly’ dan Hanna Delisha yang comel pastinya buat gandingan ini menarik kerana keduanya adalah pelakon yang berbakat.

3. Lagu tiga beruang

Lagu ini begitu sinonim dengan drama asal, dan ianya turut juga dipersembahkan  dalam versi Malaysia. Hanna Delisha yang membawakan watak Ellie begitu comel semasa menyanyikan lagu tiga beruang ini.

4. Lokasi rumah yang ‘awesome’

Kalau korang perhatikan, rumah agam yang menjadi lokasi Ellie dan Faliq sangat artistik, menarik dan punya keistimewaannya sendiri. Ianya begitu privasi, mendamaikan dan sesuai dengan kehidupan Faliq yang dilabelkan sebagai pelakon popular dan hebat.   Bahkan lokasi rumah drama asal “Full House” juga sangat artistik dan bahagian belakangnya menghadap ke pantai. Memang cantik dan mendamaikan.

5. Lagu nyanyian Aziz Harun dan Hanna Delisha jadi lagu tema ‘Alamatnya Cinta’

Runut drama “Full House” sememangnya ‘easy listening’ dan berhantu. Tidak kurang juga lagu tema ‘Alamatnya Cinta’ yang kini sering meniti dibibir para pendengar. Lagu tema yang berjudul Hana ini adalah ciptaan  penyanyi dan komposer Faizal Tahir bersama Mike Chan dan Romeo. Dinyanyikan oleh penyanyi yang berasal dari Brunei dan digandingkan bersama Hanna Delisha yang turut membintangi drama ini dilihat memberi nafas segar kepada para penggemar muzik kerana muziknya begitu ‘catchy’.

tambahan

kredit : IG reenemran

6. Penampilan istimewa Yusry Abd Halim sebagai Damon Degawan yang diibaratkan watak yang penuh ‘gentlement’ 

‘Alamatnya Cinta’ merupakan drama bersiri pertama yang dilakonkan oleh Yusry Abdul Halim atau dikenali sebagai Yusry KRU. Bagaimanapun, setelah enam tahun tidak berlakon, ini juga merupakan penampilan pertamanya di kaca tv setelah sekian lama dek sibuk dengan kerjayanya dibelakang tabir. Watak Damon Degawan diibaratkan sebagai watak Yoo Min Hyuk lakonan asal Kim Sung-soo yang menggambarkan seorang lelaki korporat dan matang yang cuba menggugat hubungan cinta heroin, Ellie Hamzah lakonan Hannah dan pasangannya dalam cerita ini. Mungkin disebabkan penampilan Yusry antara penyebab ramai peminat ingin menyaksikannya kembali dikaca TV.

Jadi, kepada yang pernah menonton drama “Full House” , korang kena tonton versi adaptasi Malaysia ini. Biarpun nampak sama tapi bagi kami ia tidak sama kerana penceritaannya diolah mengikut sensitiviti serta kesesuaian rakyat Malaysia. Drama ini pastinya akan menghiburkan dan menambat hati anda. Tonton ‘Alamatnya Cinta’ setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria (104) & Ria HD (123). Sama-samalah kita menyokong karya Malaysia.

Komentar

comments

You may also like...