/Ku utuskan surat rindu buatmu dari kejauhan – Yoon Doojoon

Ku utuskan surat rindu buatmu dari kejauhan – Yoon Doojoon

ย 

Agensi Yoon Doo Joon dari kumpulan Highlight telah berkongsi gambar kiriman surat beliau dari kem tentera untuk para peminatnya.

Bersama-sama gambar yang dimuatnaik itu, agensi terbabit turut memberitahu bagaimana para peminatย  boleh menghantar pesanan tanda sokongan dan kasih sayang mereka terhadap Yoon Doo Joon.

Bagaimanapun, ini kiriman suratย  dari Yoon Doojoon:

โ€œAdakah anda baik-baik sahaja? Adakah anda sihat? Kini perubahan musim telah bermula, jadi saya bimbang dengan kesihatan anda semua. Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih. Saya telah membaca setiap kiriman surat-surat anda secara dalam talian dan termasuk kiriman surat tulisan tangan juga. Apabila anda berkongsi dengan saya tentang apa yang terjadi di dunia luar, saya rasa sangat bersyukur serta berterima kasih dan dalam masa yang sama saya rasa teruk. Jadi, saya tidak beberapa gembira untuk beberapa hari lepas. Terima kasih juga sebab saya dapat mengetahui perkembangan semasa ahli-ahli kumpulan Highlight yang lain dan sampaikan salam saya buat mereka. Katakan pada mereka, mereka perlu bersiap sedia dalam segala hal bila mereka menyertai khidmat tentera kelak. โ€œ

โ€œRamai orang bimbang saya mendaftar masuk tanpa rehat yang cukup. Saya juga merasakannya. Apapun, saya perlu sentiasa senyum kerana saya telah menyebabkan orang sekeliling saya dalam keadaan yang sukar. Sebelum mendaftar masuk, saya telah mempersiapkan mental dan fizikal saya. Tidak kurang juga mereka yang berada disekeliling saya memberikan galakan dan kata-kata semangat. Sungguhpun begitu, saya akui sukar untuk saya berhadapan dengan keadaan ini dalam masa yang singkat. Saya rasakan kelam dan seperti tidak kena semuanya. โ€œ

โ€œSaya rasa dunia saya gelap dan saya sering menangisi keadaan saya tanpa pengetahuan sesiapapun. Kadangkala perasaan ini masih lagi hadir. Namun kini, saya semakin dapat menyesuaikan diri dengan suasana kehidupan di dalam tentera, jadi janganlah anda risau lagi. Apapun, saya sangat merindui anda!โ€

โ€œSaya rasa teruk dan sedih kerana tidak dapat mengucapkan selamat tinggal dengan sebaiknya kepada anda anda. Ini buatkan saya saya tidak selesa jadi saya minta maaf. Selepas kesemua ahli lain menamatkan perkhidmatan ketenteraan kelak, kita pasti akan berjumpa lagi dan menangis kegembiraan. Apapun, jaga kesihatan anda dan saya akan menulis lagi selepas saya memulakan tugas rasmi saya (selepas tamat kursus asas selama lima minggu). Sihat-sihat selalu dan semoga ceria sentiasa. Hati-hati semasa keadaan sejuk kelak.

View this post on Instagram

[ํ›ˆ๋ จ๋ณ‘์˜ ํŽธ์ง€] ์œค๋‘์ค€ ํ›ˆ๋ จ๋ณ‘์ด ๋ผ์ดํŠธ ์—ฌ๋Ÿฌ๋ถ„๋“ค๊ป˜ ๋ณด๋‚ด๋Š” ์ฒซ ๋ฒˆ์งธ ํŽธ์ง€๊ฐ€ ๋„์ฐฉํ–ˆ์Šต๋‹ˆ๋‹ค! ๋ผ์ดํŠธ ์—ฌ๋Ÿฌ๋ถ„๋“ค์˜ ๊ฑด๊ฐ•๊ณผ ํ–‰๋ณต์ด ๋Š˜ ์ตœ์šฐ์„ ์ธ ์œค๋‘์ค€ ํ›ˆ๋ จ๋ณ‘์—๊ฒŒ ์‹œ์‹œ๋•Œ๋•Œ๋กœ ์—ฌ๋Ÿฌ๋ถ„๋“ค์˜ ์•ˆ๋…•๊ณผ ํ–‰๋ณต์„ ์ „ํ•ด์ฃผ์„ธ์š”:) . . ์œค๋‘์ค€ ํ›ˆ๋ จ๋ณ‘์—๊ฒŒ ๋‹ต์žฅ ๋ณด๋‚ด๋Š” ๋ฐฉ๋ฒ•! . . <์ฃผ์†Œ> (์šฐํŽธ๋ฒˆํ˜ธ 24160) ๊ฐ•์›๋„ ํ™”์ฒœ๊ตฐ ์‚ฌ๋‚ด๋ฉด ์ˆ˜๋ฐ€๋ฆฌ๊ธธ 80, 27์‚ฌ๋‹จ ์‹ ๋ณ‘๊ต์œก๋Œ€๋Œ€ 11์ค‘๋Œ€ 58๋ฒˆ ํ›ˆ๋ จ๋ณ‘ ์œค๋‘์ค€ ์•ž . . <์ธํ„ฐ๋„ท ํŽธ์ง€> 1) `THE CAMP` ์•ฑ ๋‹ค์šด๋กœ๋“œ ํ›„ 2) ๋ณด๊ณ ์‹ถ์€ ๊ตฐ์ธ ๋“ฑ๋ก (์œค๋‘์ค€/19890704/20180824/27์‚ฌ๋‹จ) ํ›„ ์œ„๋ฌธํŽธ์ง€ ์ž‘์„ฑ . . ๋งŽ์€ ์‘์› ๋ถ€ํƒ๋“œ๋ฆฝ๋‹ˆ๋‹ค. ๊ฐ์‚ฌํ•ฉ๋‹ˆ๋‹ค.

A post shared by ํ•˜์ด๋ผ์ดํŠธ (Highlight) (@highlight_auent) on

Kalau korang rindukan Yoon Doojoon, apa kata korang tonton drama terbaru merangkap drama terakhir beliau sebelum โ€˜enlistโ€™ iaitu โ€œLetโ€™s Eat 3โ€. Episode terakhir drama tersebut mendapat jumlah tontonan tertinggi berbanding dua musim yang lepas. Pasti korang terhibur dan sentiasa lapar menonton drama tersebut.

ย 

Komentar

comments