Goo Hara KARA dimasukkan dalam hospital kerana masalah tak boleh tidur

Semalam bertebaran berita bahawa Goo Hara dikatakan dimasukkan hospital susulan  keadaannya yang sangat kritikal akibat bunuh diri. Namun, dakwaan tersebut cepat-cepat dinafikan agensi hiburan yang menguruskan beliau, Content Y.

“Ya, Goo Hara mengunjungi hospital untuk mengubati penyakit amnesia dan sakit perut dialaminya selama ini. Pagi ini, pemeriksaan kesihatan dilakukan sekali lagi untuk memastikan Goo Hara sentiasa dalam keadaan sihat walafiat ,” tegas agensi Content Y.

Goo Hara merupakan salah seorang ahli kumpulan kpop, KARA dan agak aktif dalam pelbagai program realiti tv tempatan. Kesibukan dalam aktiviti seni berkenaan telah mengganggu masa tidurnya dan selera makan menyebabkan Goo Hara terpaksa dikejarkan ke hospital bagi mengelakkan sebarang komplikasi penyakit berterusan. Selain Goo Hara, pelakon Kim Jung Hyun juga menghadapi masalah ini sehingga dia memutuskan untuk keluar daripada produksi drama MBC Time.

Sumber: hankookilbo

 

Komentar

comments

You may also like...