/Lee Bo Young, Park Seo Joon & Son Ye Jin antara pemenang 2018 Seoul International Drama Awards

Lee Bo Young, Park Seo Joon & Son Ye Jin antara pemenang 2018 Seoul International Drama Awards

Pada 3 September hari ini,  Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2018 (2018 Seoul International Drama Awards) telah berlangsung bagi mengiktiraf drama-drama terbaik dari seluruh dunia.

Majlis tersebut diadakan di KBS Hall dan dihoskan oleh Jun Hyun Moo dan Sooyoung Girls Generation. Pada tahun ini, anugerah ini telah menerima pencalonan sejumlah 268 karya dari 56 negara iaitu jumlah terbesar dalam sejarah penganjuran Anugerah Drama Antarabangsa Seoul.

Hadiah Utama (Grand Prize) telah dimenangi oleh drama Jerman “Babylon Berlin,” manakala Anugerah Kecemerlangan Terbaik untuk Drama Pendek (Top Excellence Award for Short Drama) diberikan kepada drama non-fiksyen Jerman “54 Hours,” sekaligus menyaksikan pengarahnya Kilian Riedhoff dianugerahkan sebagai Pengarah Terbaik (Best Director). Candice Renoir dari Perancis memenangi Anugerah Kecemerlangan Terbaik untuk Drama Panjang (Top Excellence Award for Long Drama).

Drama Korea “Mother” menerima Anugerah Kecemerlangan Terbaik untuk Miniseries (Top Excellence Award for Miniseries), dan bintang utama drama tersebut  Lee Bo Young diberi pengiktirafan Anugerah Pelakon Wanita Terbaik (Best Actress Award) atas lakonannya yang cemerlang.

Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2018 turut meraikan hasil-hasil karya dan pelakon Korea yang telah mendapat perhatian dan menerima sokongan yang banyak di luar negara. “While You Were Sleeping” diberikan  Anugerah Kecemerlangan Terbaik Drama Hallyu (Top Excellence Award for Hallyu Dramas).  “Fight My Way” dan “Pretty Noona Who Buys Me Food” pula menerima Anugerah Kecemerlangan untuk Drama Hallyu (Excellence Award for Hallyu Drama).

Park Seo Joon dan Son Ye Jin masing-masing membawa pulang Anugerah Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik bagi kategori Drama Hallyu (Best Actor and Best Actress awards – Hallyu Drama).

Jom saksikan senarai penuh pemenang

Grand Prize: “Babylon Berlin” (Germany)

Top Excellence Award for Long Drama: “Candice Renoir” (France)

Excellence Award for Long Drama: “Filthy Rich” (New Zealand)

Top Excellence Award for Miniseries: “Mother” (South Korea)

Excellence Award for Miniseries: “Safe Harbour” (Australia)

Top Excellence Award for Short Drama: “54 Hours” (Germany)

Excellence Award for Short Drama: “Black Mirror S4: Crocodile” (England)

Top Excellence Award for Comedy: “The New Black” (Israel)

Best Actor Award: Joan Pera (Spain, “The Power of Silence”)

Best Actress Award: Lee Bo Young (South Korea, “Mother”)

Best Director: Kilian Riedhoff (Germany, “54 Hours”)

Best Writer: Uli Bree, Klaus Pieber (Austria, “A Dance to Remembrance”)

Best Actor for Hallyu Dramas: Park Seo Joon

Best Actress for Hallyu Dramas: Son Ye Jin

Top Excellence Award for Hallyu Dramas: “While You Were Sleeping”

Excellence Award for Hallyu Dramas: “Fight My Way,” “Pretty Noona Who Buys Me Food”

Asia Star Award: Ryohei Otani (Japan), Tatjana Saphira Hartmann (Indonesia)

Special Invitation: “Solitary Gourmet” (Japan)

Special Jury Award: “The Memoir of Majie” (Malaysia)

Tahniah kepada para pemenang dan tahniah buat team “The Memoir of Majie” dari Malaysia. Ianya sesuatu yang dibanggakan apabila diberikan anugerah khas juri dalam Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2018 ini.

Sumber : Newsen | Stardaily

Kredit foto : http://news.mk.co.kr

Komentar

comments