BTS ungguli 2018 Soribada Best K-Music Awards

Anugerah 2018 Soribada Best K-Music (SOBA)telah berlangsung pada 30 Ogos, di Arena Gimnastik, Seoul. Memasuki tahun kedua, SOBA terus mengiktiraf artis-artis dan lagu-lagu K-Pop terbaik serta paling popular sepanjang tahun, dengan peminat mengundi idola kegemaran mereka untuk meraih anugerah tersebut. Soribada (Korea: 소리바다) ialah khidmat perkongsian fail peer-to-peer pertama Korea.Nama ‘Soribada’ bermaksud “Lautan Suara” atau “Menerima (memuat turun) Bunyi”.

Seperti tahun lalu, anugerah ini menyaksikan ramai artis popular K-Pop menerima trofi bagi pelbagai kategori. Kali ini, ia dihoskan oleh Han Seok Jun dan Son Dam Bi. Twice sekali lagi mempertahankan kemenangannya mereka menerusi kategori Digital Daesang. Manakala BTS memastikan kemenangan mereka untuk dua anugerah iaitu Daesang dan World Social Artist Award.

Jom saksikan senarai penuh para pemenang bagi SOBA 2018.

Bonsang: Wanna One, MAMAMOO, NCT 127, Bolbbalgan4, TWICE, NU’EST W, MOMOLAND, MONSTA X, AOA, Red Velvet, BTS

Producer Award: Kim Do Hoon

Music Video Director Award: Hong Won Ki

Rookie Award: The Boyz, Stray Kids, NATURE, IZ

Trot Rookie Award: Kangnam, Seol Ha Yoon

Performance Award: Samuel, DIA

Trot Star Award: Tae Jin Ah, Hong Jin Young

Voice Award: Wheesung, GB9 (Gilgu Bonggu)

Social Voice Award: Seo J

Hip-Hop Artist Award: WINNER’s Song Mino

Queen of Trend Award: Seo In Young

Icon Award: NU’EST W

Rising Hot Star Award: Hyeongseop x Euiwoong, YDPP

R&B Artist Award: Crush

Music Star Award: Chungha, UNB

Overseas Entertainer Award: 7SENSES

Artist Award: Red Velvet, MONSTA X

Netizen Popularity Award: EXO

Best OST Award: Jeong Se Woon (“It’s You” from “What’s Wrong with Secretary Kim“)

Female Artist Popularity Award: MAMAMOO

Male Artist Popularity Award: Wanna One

World Social Artist Award: BTS

Digital Daesang: TWICE

Daesang: BTS

Tahniah kepada para pemenang kami ucapkan!

Komentar

comments

You may also like...