(Update) Super Junior dan iKON menutup tirai Sukan Asia 2018

Jakarta-Palembang 2018 merupakan kejohanan sukan terbesar di Asia. Ianya telah bermula 18 Ogos lalu sehingga 2 September ini di bandar raya Indonesia iaitu Jakarta dan Palembang.

Malaysia telah menghantar 426 orang atlet untuk menyertai 35 daripada 40 acara sukan yang dipertandingkan. Setakat ini Malaysia telah berjaya mengutip 3 emas, 8 Perak dan 6 gangsa.  2 Emas milik Malaysia telah disumbangkan oleh skuad  trio bowling wanita ( Easther Cheah, Siti Safiyah & Syaidatul Afifah) dan bowling master lelaki (Rafiq Ismail), manakala 1 lagi disumbangkan oleh ratu skuasy negara (Dato’ Nicol David).
Sukan Asia 2018 yang akan berakhir pada 2 September ini akan diserikan dengan persembahan iKON dan Super Junior! Pastinya berita ini menggembirakan para atlet, rakyat Indonesia dan pastinya kontinjen Korea Selatan sendiri. 

Pada 28 Ogos, halaman rasmi Instagram Sukan Asia 2018 telah berkongsi status tentang barisan artis yang akan membuat persembahan pada majlis penutupan sukan tersebut.  Super Junior dan iKON adalah  antara dua artis K-pop yang diumumkan untuk mempamerkan “energy of Asia” pada majlis penutupan Sukan Asia nanti.

Apapun, kami di KMania tetap bangga dengan TEAM MAS. Andalah hero kami. Ayuh Malaysiaku, Malaysia Boleh!

Update : Malaysia mengakhiri Sukan Asia 2018 dengan menepati sasaran emas yang diletakkan iaitu 7 emas, 13 perak dan 16 gangsa. Tahniah team MAS. Anda tetap juara kami. Jom saksikan persembahan bertenaga iKON dan Super Junior sempena majlis penutupan rasmi Sukan Asia 2018.

iKON

Super Junior

Komentar

comments

You may also like...