/Bagai suatu mimpi, Ko Hyun Jung & Park Shin Yang julung-julung kali akan bergandingan sama

Bagai suatu mimpi, Ko Hyun Jung & Park Shin Yang julung-julung kali akan bergandingan sama

Nampaknya, keputusan diambil untuk berundur daripada drama ‘Return’  dan lagi diugut dengan saman tidak mematahkan semangat Ko Hyun Jung untuk kembali ke dalam industri drama korea. Beliau dikatakan sedang menimbangkan tawaran lakonan untuk membintangi drama sekuel kepada KBS Neighborhood Lawyer Jo Deul Ho bersama Park Shin Yang. Song Hyun Wook yang pernah tercalon Best Director CARI Kdrama Awards untuk drama tvN Another Oh Hae Young dikhabarkan telah  disenaraipendekkan dan menjadi rebutan oleh pihak produksi KBS untuk dijadikan sebagai PD bagi sekuel ini walaupun Song Hyun Wook sedang mengarah drama jtbc Beauty Inside yang akan ditayangkan tak lama lagi.

Siri pertama KBS Neighborhood Lawyer Jo Deul Ho berkisarkan tentang seorang bekas pendakwaraya yang menjadi gelandangan bernama Jo Deul Ho (Park Shin Yang) tetapi bangkit semula menjadi peguam setelah melihat kegigihan seorang peguam muda Lee Eun Zo (Kang So Ra) cuba menyelesaikan kes. Gandingan mereka berdua telah berjaya memenangi beberapa kes berprofil tinggi sehingga menaikkan semula nama Jo Deul Ho dalam kalangan peguam yang digeruni.

Jika Gong Hyun Jung menerima tawaran lakonan berkenaan, ini kali pertama Gong Hyun Jung dan Park Shin Yang akan bergandingan sama di dalam satu drama setelah beberapa produksi drama korea cuba menyatukan mereka pada suatu masa dulu di atas permintaan tinggi daripada penonton. Ko Hyun Jung dan Park Shin Yang pernah mendapat bayaran tertinggi sekitar tahun 2005-2010 menjadikan mereka pelakon termahal di atas lakonan mengujakan masing-masing di dalam SBS Queen Seon Dok dan SBS The Painter of The Wind. Walaupun mereka pernah bersama-sama belajar di Dongguk University dan berkawan baik sejak daripada itu, tetapi kedua-duanya tak pernah bekerja di dalam satu produksi sama. Gandingan mereka pastinya akan membuatkan penonton drama korea teruja.


Sumber: sport donga, OSEN

 

Komentar

comments

Admin Kmania.