Kang Ji Hwan tak serik mati dan hidup semula di dalam KBS Happy If You Died ?

Drama adaptasi webtoon sememangnya menjadi pilihan pihak produksi , dan kali ini mereka tertarik dengan jalan cerita webtoon yang juga menggunakan tajuk sama , “Happy If You Died” pernah diterbitkan sekitar tahun 2015 hingga tahun 2016.

Kang Ji Hwan dikatakan akan memegang watak sebagai ketua pengarah syarikat pemprosesan ayam bernama Baek yang selalu berhadapan dengan kematian dan hidup semula disebabkan oleh mimpi ngeri oleh wanita bernama Lee (tidak dipastikan nama samaran sebenar). Lee merupakan salah seorang pembantu kepada Baek tetapi tak menyukai perangai bosnya sehingga pernah mengharapkan bosnya mati. Pada suatu hari, semasa menghantar bossnya balik sambil ditemani oleh lelaki yang disukainya, Kang, yang juga pekerja syarikat tersebut, boss nya dilanggar lori trak. Tiba-tiba, Lee bangkit daripada tidur dan  kejadian mimpi tersebut betul-betul berlaku. Setiap kali bossnya terbunuh, Lee pasti bangkit daripada mimpinya. Kejadian ini berlaku berulang-ulang tetapi tetap dengan motif yang sama, yakni bossnya akan terbunuh dengan apa cara sekalipun.

Ini merupakan drama Kang Ji Hwan selepas OCN Children of The Lesser God yang baru saja ditayangkan pada awal tahun 2018 ini. KBS Happy If You Died dijangka ditayangkan selepas KBS The Ghost Detetive pada bulan November 2018.

Sumber: sport donga

 

Komentar

comments

You may also like...